11/04/2009

Perlis sebagai retirement hometown


beberapa minggu lepas aku menghadiri satu seminar selama dua hari di Pan Pacific Hotel, KLIA. semasa bual-bual kosong di restoran hotel sambil makan tengah hari, negeri Perlis menjadi antara topik yang hangat diperkatakan. antaranya cadangan kami untuk melihat kemungkinan Perlis mampu jadi retirement hometown seperti Florida, US.

antara rasionalnya;
  1. perlis merupa negeri kecil yang kekurangan sumber mineral dan alam semula jadinya tidak komersial. perlis takkan mampu jadi negeri perindustrian atau negeri perlancongan seperti Perak, Kedah, Sabah, Melaka dll.
  2. perlis bukan seperti johor yang bersempadan dengan singapura- negara perdagangan, hub dan pusat perniagaan serantau. walaupun KDNK Thailand lebih baik berbanding Malaysia, tetapi limpahan kegiatan perdagangan dan perniagaan berimpak besar tidak mengalir ke selatan negara itu. padang besar dan wang kelian tak mampu menjadi seperti JB.
  3. pemandangan di perlis amat cantik dengan saujana bendang/sawah padi, bukit dan suasana kampung. pemandangan ini kalau dikekalkan akan menjadi aset sebagai tarikan kepada mereka yang inginkan kelainan. persekitaran ini seolah-olah masa terhenti di situ dan penduduk boleh menjalani kehidupan tanpa hambatan masa dan kerja.
  4. kos hidup yang murah berbanding bandar-bandar besar negeri lain.
  5. tiada kesesakan lalu lintas dan kesibukan masyarakat sekitar mengejar desakan hidup.
  6. Alor Star dan Jitra adalah tempat membeli belah bertaraf bandaraya.
  7. padang besar boleh menjadi tempat tumpuan dalam mendapatkan sedikit kelainan dalam keperluan harian. penduduk boleh sesekali merasai masakan thailand atau mendapatkan barang seperti hiasan, kraf tangan, pakaian, makanan dan lain-lain di situ. harga yang murah akan menjadi kepuasan, bebaloi dengan simpanan yang ada.
  8. langkawi hanya 45 minit dari jeti kuala perlis. dengan perjalanan yang singkat dan murah, penduduk perlis akan mendapat sebuah percutian bertaraf antarabangsa.
  9. lapangan terbang antarabangsa langkawi boleh menjadi penghubung penduduk yang inginkan perjalanan keluar negara. atau menjadi penghubung kepada anak-anak, saudara mara dan teman-teman dari dalam dan luar negara untuk datang ke perlis.
dengan 9 rasional di atas, aku rasa sudah cukup untuk difikirkan bersama. tak perlu lah perlis nak maju macam negeri lain maju, istilah 'maju' boleh diintrepretasikan dalam pelbagai cara dan gaya.

9/03/2009

al fatihah buat Allahyarhamha Noor Juliana binti Johari

al fatihah buat Allahyarhamha Noor Juliana binti Johari yang pergi mengadap Allah pada 1:30 ptg, 3 sept 2009. semoga persemadiannya di tempat persinggahan sebelum negeri akhirat dilimpahi rahmat.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Pusat Teknologi Maklumat dan Universiti Malaya. segala bantuan, tunjuk ajar dan curahan bakti amat-amat dihargai dan tak mungkin terbayar. dunia ini hanya pementasan sementara dan beliau telah mementaskan segala kebaikan dengan setiap kami yang berada di sekelilingnya.



Allahummaghfir lahaa warhamhaa wa’aafihaa wa’fu ‘anhaawa akrim nuzulahaa wawassi’madkhalahaa waghsilhaa bil-maa’I watstsalji wal-baradi wanaqqihaa minal-khathaayaakamaa yu-naqqats-tsaubul-abyadhu minad-danasi waabdilhaa daaran khairan min daarihaa wa ahlan khairan min ahlihaa wa zaujan khairan min zaujihaa wa qihaa fitnatal-qabri wa ‘adzaaban-naar.


ertinya: “Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia, sejahterakan ia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah ia dari siksa kubur dan azab api neraka.”

7/23/2009

RTM yang sengal dulu, kini & selamanya

  1. dua minggu lepas aku sempat lepak dengan budak2 fakulti. lepas maghrib ktorg serbu RTM, angkasapuri untuk tengok konsert 'Generasi' indie band. dari tiket tu ditulis antara artisnya adalah Bunkface, Hujan, Liyana Jaymay dan sixthsence.
  2. kata member aku, ini untuk rakaman tapi tak dibagitau rakaman apa. aku secara bergurau kate, ini rakaman raya.
  3. masuk je kawasan konsert, kitaong perasan ramai budak2 sekolah...hehehe terasa muda la pulak.
  4. sebelum start, host malam tu bgtau yang konsert tu merupakan rakaman untuk Hari Raya Aidil Fitri. what the hack! sah kitaorg kena kencing...but fine tiket free...ekeke
  5. maka bermulalah lagu raya daripada sapa ntah penyanyinya. nasib baik satu lagu je. kemudiannya diikuti lagu2 lain.
  6. pastu keluar sorang-sorang artis (artis ke?) entah dari ceruk mana2 ntah. udah la artis tak dikenali, menyanyi lak lagu ntah apa2...memang tak boleh layan.
  7. dah tu ditambah lak, setiap kali masuk artis, mesti ada sound check. dah la tu, ambik masa sampai 2-5 minit. tolong la RTM...dh berpuluh tahun idup, takkan tak boleh prepair betol2...memang tak profesional langsung...macam tak da preparation langsung, kul 9pm konsert, kul 8.55pm siapkan stage. menteri dah bertukar berpuluh2 kali, logo dh beratus kali tukar, tag line tak payah cakap la. tapi msh macam siot.
  8. padan muka host tu, dah ada budak yang baling botol air, yang lepak kat blakang pun banyak. yang duduk lagi ramai dari berdiri. then bila dengar je Bunkface tak datang, ramai yang blah walaupun konsert belum.
  9. dan akhirnya, RTM masih macam dulu. jangankan nak buat konsert Jom Heboh, silap-silap hari merdeka pun kena buat rakaman.

6/28/2009

Kisah ujung minggu: keriangan vs masalah opis

ujung minggu yang penuh aktiviti keriangan dan masalah kerja.

aku dh beli siap2 tiket transfomer untuk tengok pada ari sabtu dan ahad. dua kali tuh..sanggup walk in ke e@curve pada rabu after opis hour. seb baik xpayah beratur dan dapat tiket. port pun cantek. hehehe.

lepas kija ari jumaat, aku ngn member ke KLCC konon2 nak cari baju melayu kat expo barangan m'sia. dah ler parking rm7/entry, barang ntah apa2 ntah. last2 xda beli apa2 dan terus ke restoran kapal kampung baru utk makan malam.

tetiba hp berbunyik dan org end-user hepa kal. die minta aku bagi personal mailing-list pengetua KK yang aku create dalam emel aku. aku cakap, aku kat klcc dan xboleh nak bagi sekarang. aku blk umah nanti aku check dan bgtau.. senang2 dia sound aku cakap nak tak nak aku kena bagi sekarang juga. dalam ati aku dah menyumpah... sapa dia nk ambil simply guna mailing list aku. %^$@#!^. aku nk bg ke idak, bila aku nk bagi, aku punya pasal la. ko keja kat hepa, xkan ko xda mailing-list pengetua KK sendiri. sengal betoi! bikin panassss je. tapi aku bagi juga, ntah betoi ntah tidak....

pepagi sabtu jam 9 lebih hp aku menjerit kejut aku tidor. ada orang kal dan nom hp xkenal, angkat2 rupa2nya end-user skr kal. dia cakap, dia ada janji dengan ofismate aku untuk siapkan satu report untuk guna ari sabtu, tapi bila kal opis xda orang angkat. so aku dengan senang ati cakap, nanti aku kal dia. dia cakap lagi, sistem tak boleh masuk dan dengan suara tak bersalah die kata "adiel tolong tengok ye".

musibatullah betoi!...dah la ko kal personal num aku, weekend lak tu, pepagi aku tengah tido lak tu...ko boleh cakap macam tu. ko sapa?! kalu ko nak OT, ko OT la sorang2 jangan nk libatkan aku lak...ko ingat aku ni balaci ko ke hapa?. lain la ko dah minta kebenaran boss aku untuk benarkan aku kerja ari sabtu. aku kal ofismate dan dia cakap dia otw. sepatutnya ofismate tak perlu datang pun. sempat juga aku update status aku kat fb pasal bende ni. ekekek

aku sambung tido dan bangun balik jam 1tgh hari...hehehehe..semalam balik lewat & ada lak end-user kal...memang terganggu tido aku...dalam aku dok siap2 nak pegi tgk transfomer, tel aku bebunyik lagi dan end-user skr yang sama kal aku...aku dengan dengan senang ati tak angkat...biarkan...2-3 kali dia kal. my personal num, my weekend, so i have right to not pick-up.

dalam aku enak2 tgk transfomer jam 5:46 petang, sorang pegetua KK kal aku...2-3 kali juga...aku tak angkat juga just mesej dia bagitau die yang xboleh pick-up. biarkan... lepas tgk wayang kami lepak2 kat waroeng penyek dan shopping baju @padini. then lepak2 @starbucks sampai jam 12:30 pagi..wakakaka...kami ke jalan p. ramlee a.k.a. jalan neraka tgk manusia berwajah setan berkeliarkan..lepas jamu mata baru balik...3pagi baru smpi umah....ekekeke

ahad aku bermula dengan moody juga. aku buka fb dan tgk ofismate aku komen kat status aku rupanya semalam dia pegi opis sia-sia je. end-user skr dengan rasa xbersalah bagitau report tu tak nk guna ari sabtu...nak guna ari isnin...so isnin pun sempat tengok...aku dh bengang kat end-user sekor ini...dan rupa2nya dia kal sebab nk minta betolkan satu report yang dah siap ari jumaat...tapi die tak test ari jumaat, ari sabtu petang baru ni semak.

dia kal hp ofismate aku paksa2 suh ofismate aku datang opis untuk siapkan juga...dia bagi alasan nk guna ari ahad. ofimate aku terpaksa datang ari ahad. apasal la ko tak test ari jumaat lepas...ofismate aku pun ade kal dia ari sabtu suruh test, tapi tel tak berangkat. rupa2nya pergi makan...&#^%$@. setahu aku dia xda num hp opismate aku dan aku memang pesan opismate aku jgn bg num hp. tp daripda kawan aku kat sana, rupa2nya end-user sekor ni guna nama aku bgtau kawan aku yang dia dpt num ofismate aku daripada aku. ni memang ci****!

lepas makan2 dan lepak2 kat umah mber aku, aku bertolak ke e@curve untuk tengok transfomer for 2nd time jam 4:45 petang...wakaka. lepas layan movie, kami wat kija gila main tembak2 & game basketbal kat kedai game sebelah cathay. kitaorang datang ber-4 dan tunggu2 2orang lg xkuar2 dari surau. kal2 rupa2nya dah blk dan dah sampai rumah pun. siot betol...nak balik sound ler, kami 2orang dh jadi org bodo tunggu kat depan cathay ni .lepas tu aku ngn member aku lepak2 makan malam @gulam kota dam. makan byk2...wakaka...dh mcm 6 orang makan. mber dari sibu kal bgtau dia dapat hadiah luck-draw home-theare...what da lucky day utk dia..wakaka..tumpang seronok sekali.

6/14/2009

Sabak Bernam, Gemas & Port Dickson

13 Jun 2009 aku ada beberapa jemputan kahwin. pertama di kampung halaman sendiri di perlis, yang kedua di sabar bernam dan ketiga di gemas. aku hanya dapat memenuhi dua jemputan dan yang di kampung terpaksa dilupakan.

12 jun 2009
jam 5.30 petang, aku dengan cepat-cepat 'clock-out' dan terus balik ke rumah. petang ini aku, budak2 umah dan 2 lg teman akan ke sabak bernam. majlis di sabak bernam merupakan majlis perkahwinan x-housemate aku dan rasa amat bersalah kalau tak ke sana. memandangkan esoknya juga aku ada majlis perkahwinan staf aku di gemas, langkah terbaik adalah ke sabak bernam pada malam ini.

6.30 petang aku dan dua housemate bertolak dari rumah dan menuju ke sunway, menjemput sorang teman di sana. kemudiannya kami merempuh jam LDP dan singgah di mutiara damansara untuk mendapatkan dua hadiah perkahwinan untuk teman di sabak bernam. seterusnya kami ke komuter sungai buloh menjemput sorang lagi teman dan perjalanan disambung ke sabak bernam melalui jalan sg buloh-kuala selangor. kereta yang aku pandu terus menyusuri jalan kampung yang gelap dengan kelajuan yang cukup2 untuk mengejar masa ke sana. esok aku akan bertolak ke gemas pula. mujurlah jalan dari kuala selangor ke sabak bernam amat selesa untuk memecut dan akhirnya jam 11.15 mlm, kami tiba di tempat yang dituju. berbual-bual dengan pasangan pengantin dan ayahnya serta menikmati masakan yang disediakan untuk majlis kenduri arwah pada malam itu sangat-sangat menghilangkan rasa penat dan mengantuk. pelbagai kisah dicerita dan dikongsi bersama.

13 jun 2009
12.35 tengah malam, kami bertolak pulang. dengan kelajuan yang agak sederhana, kami balik menggunakan jalan kuala selangor-shah alam/klang. jam 2.15 pagi kami usaikan solat di petronas NKVE sungai buloh dan aku pekena secawan cappocino dunkin donuts untuk hilangkan mengantuk dan memberi tenaga. seterusnya kami sambung perjalanan ke sunway untuk hantar sorang teman di sana. jam 3.15 barulah tiba di rumah dan jam 3.30 pagi aku terus tertidur.

jam 7.00 pagi, jam loceng aku dah menjerit dan aku cepat2 solat subuh walaupunnya dah tergelincir. selepas siap2 aku bergerak ke UM dan tiba di sama jam 8.20 pagi. kami berjanji 8.30pagi untuk berkumpul di situ.trip hari ini adalah ke gemas bersama kawan2 pejabat untuk memenuhi jemput kahwin yang ke dua dalam tempoh 24 jam bagi aku. jam 9pagi kami bertolak menggunakan PLUS dari tol sungai besi. memandangkan masing-masing belum bersarapan, setibanya di R&R seremban, kami ramai-ramai mengadap apa sahaja yang boleh di makan di sana.

setelah masing-masing kenyang, perjalanan diteruskan menggunakan PLUS sehingga ke tol simpang ampat. dari situ kami meneruskan perjalanan ke gemas melalui gemencheh dan beberapa pekan kecil lain. jam 12.30 tengah hari kami tiba di rumah pengantin. alhamdulillah, dengan lauk yang disediakan, perut kami terisi setelah menempuh perjalanan yang panjang. setelah bergambar, menepung tawar dan lain-lain kami bertolak balik jam 3.00 petang. dua buah kereta bertolak awal untuk masing-masing balik ke KL dan PD. sebuah kereta yang datang ke gemas sehari lebih awal menyertai perjalanan pulang kami.

perjalanan kami bukan terus balik ke KL tetapi ke PD untuk lepak2 di sana sebelum balik. menggunakan jalan kampung ke PD adalah pengalaman yang sangat menarik dan mencabar. menyusuri jalan kampung dengan lembu menjadi raja jalanan dan melintas sesuka hati menjadi pengalaman indah. malah ada satu tempat, kami terpaksa memberhentikan kereta gara-gara sekumpulan lembu melintas seolah-olah kami berada di jurasic park. selain itu, perjalanan meredah hutan, pekan-pekan kecil dan ada yang telah mati, ladang2 sime darby kadang melekakan aku dalam pemanduan.

jam 4.30 kami sampai di teluk kemang, PD. apa lagi yang ditunggu, pantai di depan mata. aku, sorang teman dan 4 org kanak-kanak dalam konvoi kami terjun ke laut. terasa seperti percutian hari keluarga walaupun tak dirancang. surat khabar dan apa sahaja yang boleh menjadi alas dibetangkan dan segala bekat dari tempat kenduri dikeluarkan. setelah letih melayan kerenah kanak-kanak dalam air dan masa pun terhad kami naik ke darat semula. teman yang bertolak awal dari gemas dan telah sampai di PD menyertai kami di sini. kemudiannya, beberapa orang dikalangan kami menaiki bot sekadar meninjau-ninjau teluk kemang.

selepas usai jama' qasar zohor-asar dan maghrib-isya' kami menjamu selera di satu restoran laut di sana. restoran ini diperkenalkan oleh pemandu bot petang tadi dari atas bot dan untuk mencari restoran ini agak sukar. beberapa kali kami tersesat dan berpatah balik kerana jalan masuk ke sana agak tersembunyi dan terpaksa masuk ke dalam. masakkannya tidak mengecewakan bagi kami yang telah lapar.

setelah bersalam-salaman kerana masing-masing akan memecut ke KL, kami mula meninggalkan PD jam 9.30 malam. dengan menggunakan lebuhraya PD-Seremban dan kemudiannya lebuhraya PLUS ke sungai besi, tepat jam 10.30 malam kereta aku sampai di tol sungai besi. akhirnya jam 11.00 malam aku tiba di rumah setelah menghantar teman yang bersama aku. aku betekad untuk tidur puas2 memandangkan malam semalam hanya dapat lelap 3jam setengah sahaja. sesungguhnya perjalanan ini amat menyeronokkan

6/04/2009

Selamat Pengantin Baru Shikin!!!

Shikin,
aku mewakili bebudak PTM UM dengan penuh rasa bersyukur dan gumbira ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada ko sempena majlis 13 Jun 2009. walau apa pun halangan yang melintang pukang, kami bertekad untuk hadir majlis ko di Gemas walaupun kami cemas nak bertemu bakal suami ko.

di sini aku sediakan check-list;
  1. Ko kena pandai2 cover kisah sagil. pastikan mak ko buat2 lupa pasal kisah tu klu tak kita suma akan sama2 jadi lauk kenduri.
  2. ko pastikan mak ko tak tersilap menantu. mana lah tau kot2 bila ktorg sampai, kompang teruih dibalun...sungguh teruja...aaaaa~~~~
  3. bagitau laki ko, bahwa kedatangan kami suma ke majlis ko adalah satu rahmat dan merupakan hadiah perkahwinan terhebat abad ini.
  4. andainya tepung tawar dh abis, kami dh sediakan tambahan. dibungkus khas dari pizza hut ttdi.
  5. lagu tema sepanjang perjalanan kami adalah kemelut di muara kasih dan janji manis mu. kenapa ya mcm terngiang2 lagu tu. amat best dikaraoke dalam kereta.
  6. kami berharap jalan masuk ke umah ko telah diturapkan supaya tidak seperti di bom jepun ms WW2. kalu tak, aku tuntun jambatan emas & perak dari KL ke Gemas.
  7. kami berjanji bahawa kedai jam akan untung besar dengan peningkatan jualan jam loceng.
  8. ko pastikan telefon on...aku kal ko atas pelamin kalu ada sebarang masalah pendaftaran ijazah dasar.
  9. bila ko masuk opis nti,pastikan ada bekat ataih meja aku. klu takdak, ko n laki ko ataih meja aku.
  10. kami amat2 berharap, meja makan kami disediakan rendang ayam mak ko. sedaaaap hingga menjilat jari. seperti mcm dulu2...akhs!kalu ade lutut ayam, pastikan kami orang pertama dapat tengok.
  11. kami teringin naik keta civic. perjalanan ke sagil kali ke-2 pasti amat bahagia dan lagu janji manis mu pasti kami karaoke dalam keta

5/18/2009

Trivia H1N1

virus influenza A H1N1 telah merebak sampai ke malaysia. dua kes telah di kesan dan penumpang-penumpang dan anak kapal MH091 dan AK5358 telah dikuarantin di rumah masing-masing. Mutasi virus demam selesema sentiasa berlaku dan berubah yang menyebabkan perubahan kecil protein di permukaannya yang dikenali sebagai antigen. Sistem daya tahan atau imun badan mungkin kebal terhadap jangkitan itu jika ia pernah berdepan virus sama sebelum ini, tetapi boleh menjadi lemah jika ia membabitkan antigen baru.

Selesema babi atau jenis baru virus H1N1 yang menggabungkan genetik babi, manusia dan burung bukan setakat mendatangkan gejala seperti demam dan dijangkiti menerusi sentuhan langsung dengan babi selain tersebar dari manusia kepada manusia, namun boleh menyebabkan maut. Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar. Simptom selesema babi sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.


INFO: Tahap Amaran Pandemik Selesema Babi
  • Tahap 1 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.

  • Tahap 2 - Penularan virus selesema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.

  • Tahap 3 - Tiada penularan atau penularan virus selesema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.

  • Tahap 4 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.

  • Tahap 5 - Berlaku penularan virus selesema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya dua negara dalam satu rantau WHO dan memberi `isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.

  • Tahap 6 - Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.


Sejarah pandemik demam selesema
  • Wabak Peloponnesian - 30,000 maut

    Seramai 30,000 penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.

  • Wabak Antonine Plague - Lima juta mati

    Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 Selepas Masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia, Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut lima juta nyawa dalam masa 15 tahun.

  • Wabak Justinian Plague � Kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian

    Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal sama ada di wilayah Asia Tengah atau Ethiopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.

  • Wabak 'Black Death' - 25 juta kematian

    Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa lima hari selepas dijangkiti kuman itu.

  • Wabak Selesema Sepanyol - Lebih 50 juta kematian

    Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selesema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya mereka golongan muda.

  • Wabak Selesema Asia - Empat juta maut

    Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan jenis virus manusia. Menular ke Singapura pada Februari 1957, Hong Kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golongan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.

  • Wabak Selesema Hong Kong - Sejuta maut

    Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.

  • Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) - 800 kematian

    Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi menjadi tumpuan ramai pada Februari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripada 8,096 kes, 774 kematian dilaporkan.

  • Selesema Burung

    Ada banyak jenis selesema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis yang paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia dikesan di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembangannya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.

  • Demam Selesema - Meragut 250,000 - 500,000 kematian setiap tahun

    Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya kepada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.

4/15/2009

Saya anak Malaysia

  1. Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan ini dibuat oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Walau bagaimanapun lagu Terang Bulan telah terpilih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'NegaraKu' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
  2. Syarikat petroleum nasional, PETRONAS telah ditubuhkan pada 1974. Pada ulang tahunnya yang ke30 baru-baru ini, kumpulan syarikat ini telah memiliki lebih daripada 100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia dan merupakan antara syarikat Fortune Global 500.
  3. Apabila Jepun memerintah negara ini pada tahun 1942, waktu Tanah Melayu ditukar mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal hinggalah pada tahun 1945. Apabila Jepun kalah 1945, waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula. Pada 3 Disember 1981 Malaysia mempercepatkan waktu sebanyak 30 minit untuk menyeragam waktu dengan Sabah dan Sarawak.
  4. Pada 28 Feb 1983, Universiti Toronto menjadi universiti yang pertama di Kanada memperkenalkan Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran di Jabatan Kajian Bahasa di Universiti tersebut.
  5. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia telah dibina pada tahun 1980-1985 yang menghubungkan Gelugor dan Seberang Prai. Jambatan sepanjang 15.5 km telah dirasmikan oleh Dr Mahathir Mohamed pada 15 Sept 1985.
  6. Pada Jun 1987, MIMOS melancarkan ISP pertama bagi Malaysia, yang diberi nama RangKoM (Rangkaian Komputer Malaysia). Rangkaian data komputer pertama di Malaysia telah dilancarkan pada Jun 1987. Diberi nama 'Rangkaian Komputer Malaysia' (RangKom), rangkaian ini telah menghubungkan universiti-universiti utama di dalam negara.
  7. Perasmian tiang bendera Malaysia setinggi 100 meter (300 kaki) di Dataran Merdeka pada Julai 1989. Tiang yang tertinggi di dunia ini mengibarkan bendera sebesar 10.62 meter (30 kaki) lebar dan 21.34 meter panjang (70 kaki).
  8. Apabila Malaysia memasuki era Internet pada 1995, Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi ketua kerajaan pertama di dunia yang mengadakan sidang media secara langsung melalui Internet.
  9. Menara Petronas dirasmikan pada Disember 1996. Dengan ketinggian 451.9 meter, bangunan berkembar dua ini mempunyai 88 tingkat dan disambungkan 170 meter dari paras jalanraya. Sekumpulan 22 orang anggota Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada 22 anggota lelaki dan seorang wanita telah berjaya melakukan operasi menyelamat di menara berkembar tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter. Walaupun ia sekadar latihan, operasi ini mencatat rekod Guinness sebagai operasi menyelamat kebakaran yang tertinggi di dunia.
  10. KLIA merupakan lapangan terbang tercanggih di Asia dan dibina di Sepang, 50 km dari Kuala Lumpur. Dirasmikan pada 28 Jun 1998, lapangan terbang ini mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia, dan sewaktu dalam pembinaan, ia merupakan tapak pembinaan lapangan terbang terbesar pernah dibuat.
  11. Pada 15 - 17 Oktober 1999, Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang. Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba di dunia yang diberikan penghormatan untuk memasukkan logo F1 di dalam nama rasminya. Litar canggih yang menggabungkan teknologi senibina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia ini boleh menampung 130,000 penonton, termasuk 30,000 di anjung utama dwi-hadapan. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di dunia.
  12. Sistem transit rel ringan PUTRA yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem yang meliputi laluan sejauh 29km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32km pada tahun 2000.
  13. Istana Budaya (dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara) di Kuala Lumpur adalah salah sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai kemudahan pentas yang canggih untuk pementasan acara kesenian dan kebudayaan. Ini meletakkannya dalam senarai sepuluh panggung yang tercanggih di dunia. Direkabentuk oleh arkitek tempatan, Muhammad Kamar Ya'akub dan dibangunkan dengan kos RM210 juta, kompleks ini meliputi kawasan seluas 5.44 hektar dengan ukuran lantai seluas 21,000 meter persegi. Bentuk binaan utama Istana Budaya direka mengikut gubahan sirih junjung, manakala pelan lantai bangunan ini disusun berkonsepkan rumah tradisional Melayu yang mempunyai tiga bahagian iaitu tangga utama dan serambi (lobi), rumah ibu (auditorium) dan dapur (pentas utama dan dewan latihan).
  14. Universiti Multimedia (MMU) memperkenalkan skrol elektronik pada 26 Februari 2000, dan menjadi universiti pertama di dunia memperkenalkan skrol elektronik. Di dalam skrol ini, graduan akan diberikan sebuah CD-ROM dan kad pintar b erasaskan kad mikrocip yang merekodkan segala maklumat graduan. Dokumen digital ini menggunakan teknologi kritografi yang memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap maklumat yang terkandung di dalamnya.
  15. Bahasa Melayu kini merupakan kumpulan bahasa keempat terbesar di dunia dan kedua terbesar di Asia, dengan 250 juta orang penutur di Asia Tenggara dan 300 juta penutur di seluruh dunia.
  16. Pada April 2001, Malaysia menjadi negara pertama di dunia mengeluarkan Kad Pintar Pelbagai Guna yang memuatkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan aplikasi pembayaran. Kad ini adalah satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia (MSC).
  17. Pada Mei 2003, Malaysia ditarafkan sebagai negara keempat paling berdaya saing di kalangan negara-negara berpenduduk lebih daripada 20 juta. Penarafan ini dibuat berdasarkan kajian tahunan yang dibuat oleh Sekolah Perniagaan IMD di Lausanne, Switzerland.
  18. Kejayaan terbesar menjuarai Terbuka Dunia di Hong Kong meletakkan ratu skuasy wanita sama taraf dengan atlit sukan terbilang negara. Tiada siapa yang mampu menafikan Nicol Ann David, gadis kelahiran Pulau Pinang untuk bergelar juara dunia sekali gus ditabalkan sebagai pemain nombor satu dunia.
  19. 30 Mac 2007-Jalan terowong bawah tanah atau juga dikenali sebagai terowong SMART bernilai RM1.9 bilion menjadi laluan alternatif kepada 200,000 pengguna jalan raya. Laluan kira-kira empat kilometer itu bakal memendekkan masa perjalanan kepada lima minit dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi menuju ke Bulatan Kampung Pandan. Projek SMART atau singkatan kepada Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir yang dimulakan pada Januari 2003 dirangka, dengan dwifungsi utama iaitu untuk mengatasi masalah banjir di ibu negara dan sebagai laluan trafik. Sebagai terowong lencongan air ketika banjir kilat melanda ibu negara, ia mampu menampung sehingga tiga juta meter padu air dengan mengalihkan dari Sungai Klang di Kampung Berembang, Ampang melalui terowong ke kolam tadahan terletak di Taman Desa, Jalan Klang Lama seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kerayong. Pada waktu yang sama, ia digunakan untuk laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

kisah dalam penerbangan KK - KL

dah lama tak blogging. just nak share satu crita yang belaku pada 13 feb 2009 lalu. sebuah kisah pendek yang berlaku dalam penerbangan MH2709, penerbangan MAS dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. aku dan 2 orang teman dalam perjalanan balik dari mesyuarat 3 hari di One Broneo. KKIA dah cantik sekarang tak seperti kali pertama aku sampai Sabah tahun lepas. betul-betul menepati standard international airport berbanding dahulu yang tak ubah seperti hentian pudu raya.

penerbangan kami berlepas daripada KKIA jam 3.30 petang. oleh kerana kami check-in agak lambat, aku dan seorang teman disediakan tempat duduk agak terkebelakang. sebelah kiri aku adalah seorang pelancong eropah (mat saleh) dan teman aku berada diseblah kanan berdekatan tingkap. seperti biasa, dah jadi rutin aku akan bawa buku kalau ke mana-mana. sekadar teman ilmu dan mengisi kekosongan masa. malah dalam kereta pun, aku tinggalkan 1-2 buah buku untuk dibaca.

buku yang aku bawa hari tu berkenaan individu-individu yahudi tertentu menguasai pentadbiran white house dan senat US dan mereka ini yang mencatur potitik US dan kekejaman di Palestin. buku keluaran saba' islamic media dalam versi bahasa inggeris, aku dah tak ingat tajuk buku tersebut. memandangkan perut aku sangat lapar walaupun dah makan kat hotel tadi dan makanan dalam penerbangan belum dihidangkan, buku tersebut menjadi makanan minda aku.

lepas saja makan, aku terus ambil kesempatan untuk tidur. mat saleh sebelah aku tetiba meminta izin untuk membaca buku tersebut. aku pun dengan tanpa fikir panjang, menghulur. kami berbual sekejap berkenaan buku tersebut. sebelum aku tidur, sempat juga aku melibat bertapa mat saleh tersebut berminat dan bersungguh-sungguh membaca.

lelapku diganggu oleh makluman kapten kapal bahawa kami akan sampai di KLIA kira-kira 15 minit lagi. aku terlihat mat saleh disebelah aku dengan cepat-cepat menghabiskan bacaannya dan mencatatkan alamat penerbit buku di sehelai kertas. kemudian dihulurkan kembali buku itu kepada aku. melihat kepada kesungguhannya membaca, aku dengan ikhlas menyatakan bahwa aku hadiahkan kepadanya sebagai tanda pengenalan.

riak wajahnya pada mulanya seperti serba salah kemudiannya menjadi sangat ceria. dia memperkenalkan diri sebagai colin gadsden berasal dari London. kami sempat bertukar alamat dan no telefon semasa berbual. isterinya juga sesekali menyampuk perbualan kami dan katanya colin sangat gembira dapat berkenalan dengan aku.

gadsden rupa-rupanya sorang persara dan isterinya masih berkerja. mereka telah tiba di malaysia kira-kira 3 minggu dan dalam perjalanan ke langkawi. mereka telah ke pulau pinang kemudiannya ke sabah dan akhirnya langkawi adalah destinasi terakhir. segalanya diuruskan agen pelancongan mereka. pasangan tersebut akan kembali ke london selepas ke langkawi kerana isteri colin masih berkerja dan berazam akan kembali ke malaysia lagi. gadsden memberitahu bahawa dia sangat berminat membaca buku seperti itu dalam pelbagai sudut dan pandangan. baginya, penulis pro-barat bukan satu-satunya sumber bacaan tetapi perlu dipelbagaikan. dan di negaranya, buku bacaan yang bukan pro-barat amat sukar dicari.

bertanyakan pasal london, gadsden memberitahu bahwa dia sendiri tidak mengetahui keseluruhan kota tersebut. dengan polpulasi seramai 7juta penduduk dan keluasan kira -kira 1,700.0 km2, london bukanlah sebuah kota impian. tapi gadsden dengan senang hati mengalu-alukan aku ke lonlon dan sedia untuk menjadi teman jika ke sana. OMG, entah bila aku akan ke sana. tapi mendapat seorang kenalan diperantauan amat-amat melegakan. mungkin itu juga yang dirasakan colin dan isterinya apabila aku sudi menjadi teman bicara dan bertegur sapa dengan mereka.

perjalanan ini sangat menarik bagi aku.aku mengharapkan dengan hadiah tak seberapa itu, colin dan isteri dapat melihat dunia dari sudut yang selama ini mereka tidak mengetahui tentang kewujudannya. semoga juga menjadi jalan dakwa dan jihad kecil aku. amin

3/24/2009

Myvi, Woodsball, Plasma TV & Home Theater

Myvi
  1. Ujung minggu lepas, aku balik kampung ambik Myvi SE Manual yang aku booking. hampir 2 bulan book baru dapat. color pearl white. no plat RH7100
  2. dapat je terus bikin: tinted, tukar design no plat, cover bonnet, cermin padang blakang bla3
  3. tapi tayar blom tukar. tapi dah ada cita2 nk tukar sport rim 15.
Woodsball Tuanku Raja Muda Perlis
  1. Jumaat malam sabtu, aku sempat main woodsball di Dataran Dato' Sheikh Ahmad. tak penah main pun sebelum ni, abang aku yang ngajar.
  2. ni sukan kegemaran DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Syed Faizuddin. malam tu baginda hanya mencemar duli untuk melihat-lihat sahaja. slalunya baginda akan ikut serta.
  3. layan juga game ni sebenarnya. teringat kisah Alice in Wonderland. dalam crita tu, raja dan permaisuri ada main game ni. macam golf.
Plasma TV & Home Theater
  1. TV kat umah aku dah diambil oleh tuannya.
  2. cabel ATP3 woofer aku lak digigit tikus. musibat betol tikus tu. digigit cabel yang tak boleh tukar pulak tu. tak sempat nk pasang perangkap, tikus dh tak tunjuk muka.
  3. so, aku kena cari TV Plasma & Home Theater. wakakaka.gilos

3/18/2009

Memahami hujah amalan dalam ibadah ASWJ Perlis Part II

sambungan

Tidak Membaca Doa makan

Maksud doa: Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).

status hadith lemah kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah.

  • Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain).
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.

Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu:
Maksudnya:
Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu.

Riwayat yang soheh ini menghendaki kita menyebut nama Allah (membaca Bismillah) ketika memulai tanpa didahului dengan apa-apa doa. Walaupun begitu disana terdapat hadith riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW bila hendak makan:
Maksudnya:
’Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu’
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya.

Nota: Dalam riwayat Ibnu Majah perkataan ’wa ath ighmna’ diatas diganti dengan ’war zuqna’ ( dan kurniakanlah kepada kami rezeki ).
.Dengan digabungkan dua hadith diatas, maka boleh dibacakan doa riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah tersebut bila hendak makan, kemudian dibaca "Bismillah".

Tiada Doa Selepas Iqamah

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Torifi : tidak thabit dari Rasulullah saw apa-apa bacaan/zikir atau do'a sebelum Takbir al-Ihram. Yang ada hanyalah makmum menyibukkan diri meluruskan saf [Sifatu Solaati al-Nabii saw, ms 45].

Tidak Angkat tangga semasa khatib membaca doa dalam khutbah

Berdo'a sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi saw. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdo'a di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata :-

"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah saw melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya : dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" [Hadith Riwayat Muslim #874 dan Abu Daud #1104].

Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini : ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].

Kesimpulannya pandangan diatas adalah benar. Seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan. WA.

Tiada Amalan Bacaan Qunut dalam Solat Subuh

Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:

  • Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…
  • Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
  • Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.

Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?

  • Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya. (Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1.
  • Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
    Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim).
  • Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.
  • Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
  • Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)
  • Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…(Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu)

Apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.

Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]

Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.

2/23/2009

Memahami hujah amalan dalam ibadah ASWJ Perlis

Tidak bermazhab:

Pegangan Perlis adalah ASWJ dan bukan bermazhab Syafie. ASWJ Perlis tidak selalu terikat dengan mana-mana mazhab dalam fatwa-fatwanya. Terutama bila mereka menemukan dalil yang lebih rajih.

Tiada Amalan ziarah kubur :

Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, juga mengharamkan untuk menyelimuti kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka pun mengakui bahwa ziarah kubur itu ada masyru'iyahnya dari syariat Islam.

Dahulu Aku (Rasulullah SAW) melarang kalian ziarah kubur, namun sekarang silahkan berziarah kubur. (HR Muslim dan merupakan hadits Shahih dan terdapat dalam syarah imam Nawawi)

Hanya saja mereka agak lebih berhati-hati, agar jangan sampai niat ziarah yang baik itu dirosak dengan amalan yang diharamkan.

Tidak membaca talkin pada jenazah:

merupakan hadith yang lemah.

  • Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali).
  • Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya.
  • Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya' Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami.
  • Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu'. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali
  • Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri disisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Bag-inda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian: Maksudnya:Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith riwayat A:bu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi )

Tidak Berjabat Tangan (Bersalam) Sambil Berselawat

merupakan hadith yang lemah

  • Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Durust bin Hamzah.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Abu Daud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Hadithnya tidak boleh berdiri sendiri. (untuk dijadikan hujjah).

Tidak Membaca Yaasin Pada Malam Jumaat

Maksud hadith:
Barangsiapa membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat diampunkan baginya (akan dosa-dosanya).

hadith ini berstatuus sgt lemah kerana dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bemama Aghlab bin Tamim dan Zaid bin AI-Harish.

  • Aghlab bin Tamim - Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang mungkar hadithnya dan ia meriwayatkan hadith dari perawi-perawi yang thiqah (kepercayaan) yang mana hadith-hadith tersebut bukan berasal dari mereka sehingga terkeluar dari batasan boleh berhujah dengannya disebabkan banyaknya kesalahan yang dilakukan. Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu(yang soheh untuk dijadikan pegangan).Kata Imam An-Nasai: Ia lemah.
  • Zaid bin AI-Harish. Kata Imam Ibnu Qathan: Ia majhul hal (iaitu seorang perawi yang diriwayatkan darinya dua orang atau lebih tetapi ia tidak dianggap orang yang kepercayaan). Sanad hadith ini terputus, dimana hadith ini diriwayatkan oleh AI-Hasan AI-Basri dari Abu Hurairah dari Nabi SAW. AI-Hasan AI-Basri tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Kedudukan AI-Hasan yang tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Ini ditegaskan oleh Imam At- Tirmizi, Imam AI-Bazzar, Imam Abdul Hak, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnul Qattan. Kedudukan terputusnya periwayatan AI-Hasan dari Abu Hurairah ini dikuatkan lagi oleh Imam Az-Zahabi didalam kitabnya Mizan AI-I'tidal.

Sunnah pada siang atau malam Jumaat adalah membaca Surah AI-Kahfi.Berkata Abu Said AI-Khudri:
Maksudnya:
Barangsiapa membaca Surah AI-Kahfi pada malam Jumaat, terpancar baginya cahaya antaranya dan antara Kaabah.
(Riwayat Ad-Darimi)

bersambung...

2/09/2009

Kisah tercabarnya DYMM

  1. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
  2. Pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993. Usul khas parlimen dikemukakan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
  3. tunjuk perasaan Berug dan Kurap apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
  4. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara apabila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
  5. Pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
  6. Semasa Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas telah mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
  7. Tunjuk perasaan apabila DYMM Tuanku Mizan, YDP Agong dan Sultan Terengganu tidak merestui pelantikan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.
  8. Tindakan PM Abdullah Badawi memberi watihah perlantikan Shahidan Kassim sebagai MB Perlis tanpa perkenan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perlis

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

  1. Al-fatihah atas kematian YB Allahyarham Roslan Shaharum, MP Bukit Gantang.
  2. BN dan PR masing2 yakin akan menang. Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS maklumkan kepada Astro Awani bahawa PAS telah lama bersedia sebab jentera pilihanraya PAS memang telah siap sedia untuk pilihanraya kecil DUN di seluruh Perak sejak seminggu lalu.
  3. DAP Perak cadangkan YAB Ir Nizar sebagai calon PR Bukit Gantang. Kalau betul YAB Ir Nizar jadi calon, banyak perkara menarik untuk sama2 kita tunggu, lihat dan analisa.
  4. Suara Bukit Gantang boleh jadi pengukur samada rakyat Perak masih menyokong YAB Ir Nizar sebagai MB Perak atau mereka menghalalkan tindakan BN mengambil alih Perak.
  5. Bukit Gantang memang terkenal dengan sejarah Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau pada asalnya ahli UMNO tetapi kemudiannya menyokong Dato Onn Jaafar yang menubuhkan IMP. Beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.
  6. PRK Bukit Gantang juga memberi ruang dan peluang kepada ke bawah DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah menilai sokongan rakyat terhadap keputusan baginda sultan.
  7. Bilangan undi yang diberikan kepada PR adakah jumlah bilangan rakyat yang menolak UMNO-BN di Perak.
  8. Sekiranya BN menang, bilangan kerusi di Parlimen yang mewakili BN akan kembali seperti keadaan sebelum PRK Kuala Terengganu dan rakyat Perak menghalalkan tindakan UMNO-BN menumbangkan Kerajaan PR di Perak.
  9. Sekiranya PR menang, bukan sekadar kerusi Parlimen bertambah, tetapi mencerminkan sokongan rakyat Perak terhadap tindakan yang diambil oleh PR di Perak.
  10. Satu lagi kerusi yang baru dikosongkan adalah Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau apabila V Arumugam mengosongkan kerusi tersebut.
  11. Sekali lagi BN dan PR akan bertembung. kali ini untuk melihat suara orang Kedah.

2/06/2009

Secebis Kisah MB Perak

Bagi mereka yang ingin mengenali YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridwan.

Petikan daripada http://perakdaily.com.

Terharu dengan ‘petugas’ ber’tshirt’ pagoda yang kini seorang MB

August 3, 2008

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu “depa raya”.

Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.

Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.

Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut “Depa Raya”, sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar “petugas” ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang “petugas” terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, “petugas” berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali “petugas” itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, “petugas” itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta “petugas” itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

“Petugas” itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya.

Sebaik tiba, “petugas” itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh “petugas” itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amran pun pernah memberitahu perkara itu. “Petugas” itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. “Petugas” itu terus gigih memasang semula rim kereta. ‘Tshirt’ pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, “petugas” itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan “petugas” itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. Petugas” itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan “petugas” itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau “petugas” itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada “petugas” yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada “petugas” itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

“Ustaz Nazir Zakaria. Oh… Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga,” kata “petugas” itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. “Petugas” itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

“Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana,” ujar “petugas” itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, “petugas” itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

2/03/2009

Cerita dari Thailand

cuti pada 31 jan hingga 3 feb 2009 sempena CNY aku berkesempatan ke Thailand bersama keluarga.

trivia perjalanan aku di Thailand
  1. aku pergi ke dua wilayah selatan Tlailand iaitu Pattani dan Songkla.
  2. penginapan aku pada hari pertama dan kedua di Chakkiye dan Nat Tanjung, Pattani dan ketiga di Hat Yai, Songkla. penginapan di Pattani adalah di rumah saudara dan di Hat Yai adalah di hotel.
  3. semasa ke sana RM lemah berbanding bath. 1000.00 bath = RM103.00.
  4. perjalanan aku ke sana menggunakan jalan darat. jalan yang dilalui merupakan highway (laluan 42).
  5. menariknya highway mereka adalah jalan 1 hala di pisahkan dengan pokok rendang seperti PLUS di Gurun, Kedah. laluannya 2 lorong dan kadang-kadang ada yang mencapai sehingga 5 lorong apabila di kawasan bandar dan berlampu isyarat.
  6. tiada sebarang tol yang dikenakan dan ianya adalah freeway dari segi bayaran dan aliran trafik yang lancar. tidak kisahlah kalau harga minyak di Thailand mahal sekadar .30 sen berbanding Malaysia
  7. kualiti jalan ini amat baik setaraf PLUS highway atau mungkin lebih baik kerana tiada sebarang kerosakan jalan walaupun digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan.kenderaan paling popular di sana adalah jenis pick-up. sepanjang perjalanan aku, tiada kemalangan jalan raya ditemui.
  8. di setiap 2 hingga 5km akan ada laluan untuk U-trun kerana di kiri dan kanan jalan merupakan kawasan perkampungan.
  9. di setiap 10 hingga 20km akan terdapat sekatan jalan raya yang menyebabkan kenderaan perlu melakukan pengerakan Zik Zak. hanya terdapat beberapa sekatan sahaja yang dijaga oleh askar.
  10. Had laju highway yang ditetapkan adalah 90KM/J
  11. hampir 80% jalan tersebut disembahi lampu neon sepanjang jalan pada sebelah malam seperti PLUS sediakan dari Seremban ke Sg. Besi.
  12. jalan secantik itu tiada sebarang bingitan engin motor mat rempit sama ada highway di kawasan bandar atau kampung.
  13. di jalan2 kampung yang kadang2 hanya muat-muat untuk satu kereta lalui, lampu kalimantang disediakan untuk terangi jalan. juga tiada mat rempit
  14. di setiap rumah yang aku singgah, air minuman yang dihidangkan adalah air berkabonat. yang popular adalah spairt, fanta dan merinda. air tersebut disediakan bersama ais. daripada kata-kata abang aku, sodanya adalah sedikit berbanding di Malaysia. aku tak minum air berkabonat, maka air kosong menjadi pilihan aku.
  15. hanya beberapa kali aku dapat hidangan kopi atau teh.
  16. bahasa inggeris bukan bahasa yang wajib diketahui di thailand. masalah komunikasi kadang berlaku apabila aku berkomunikasi dengan imergresen, kastam, polis, askar atau semasa membeli barangan di Hat Yai, Songkla.
  17. Di Pattani bahasa percakapan harian utama adalah bahasa melayu dialek seakan-akan kelantan kerana melayu merupa kaum utama. kecuali semasa di tahan oleh askar dan polis berbangsa siam yang tidak boleh berbahasa melayu.
  18. aku berkempatan singgah di Masjid Krue Se, Pattani. masjid itu masih kukuh berdiri di tepi highway dan masih digunakan walaupun dibom dan tembak berulang kali. kesan peluru masih terdapat di dinding2 masjid berkenaan.
  19. sebelah masjid itu merupakan Wat Siam.
  20. Nama Masjid Krue Se adalah Masjid Sultan Muzaffar Shah dan dibina oleh Sultan berkenaan pada pertengahan kurun ke-16 mengikut seni bina timur tengah.

1/13/2009

Kota Tiga Agama

ku dedikasikan puisi ini kepada saudara2 ku di Gaza bersama doa dan munajat dalam penuh pengharapan

Kota Tiga Agama

Ini kota suci
Tanah kelahiran anbiya’
Galur warisan wahyu berzaman
Risalah suhuf, Zabur, Taurat, Injil dan Qur’an

Temboknya diukir sirah panjang
dan kerusi Sulaiman menjadi saksi yang memandang
bahawa
Khubah dan menaranya sering kali bertukar lambang
Gabus dan serulingnya beringkah irama perang
Lorong-lorongnya berdebu dengan sengketa pejuang

kota ini dibina
atas nama kiblat pertama
ulama’, umara’ dan syuhada’
atas nama pengampunan dosa
rahib dan salib
atas nama Beit HaMikdash
bani Israel

Tiga agama satu beriktikad
bahawa
Adam permulaan umat manusia
Ibrahim adalah bapa kita
Tapi sengketa atas kefasikan karya Bible dan Tanakh

Kota ini pernah dikongsi
Islam, Nasrani dan Yahudi
di bawah King Badwin IV dan Salahuddin Al-Ayubi

Mungkinkah akan diulangi
Baitul Maqdis tenang kembali