"You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get other people interested in you."
8/19/2011
Ramadhan 2 Zaman
Album :
Munsyid : The Zikr
ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
4/15/2009
kisah dalam penerbangan KK - KL
penerbangan kami berlepas daripada KKIA jam 3.30 petang. oleh kerana kami check-in agak lambat, aku dan seorang teman disediakan tempat duduk agak terkebelakang. sebelah kiri aku adalah seorang pelancong eropah (mat saleh) dan teman aku berada diseblah kanan berdekatan tingkap. seperti biasa, dah jadi rutin aku akan bawa buku kalau ke mana-mana. sekadar teman ilmu dan mengisi kekosongan masa. malah dalam kereta pun, aku tinggalkan 1-2 buah buku untuk dibaca.
buku yang aku bawa hari tu berkenaan individu-individu yahudi tertentu menguasai pentadbiran white house dan senat US dan mereka ini yang mencatur potitik US dan kekejaman di Palestin. buku keluaran saba' islamic media dalam versi bahasa inggeris, aku dah tak ingat tajuk buku tersebut. memandangkan perut aku sangat lapar walaupun dah makan kat hotel tadi dan makanan dalam penerbangan belum dihidangkan, buku tersebut menjadi makanan minda aku.
lepas saja makan, aku terus ambil kesempatan untuk tidur. mat saleh sebelah aku tetiba meminta izin untuk membaca buku tersebut. aku pun dengan tanpa fikir panjang, menghulur. kami berbual sekejap berkenaan buku tersebut. sebelum aku tidur, sempat juga aku melibat bertapa mat saleh tersebut berminat dan bersungguh-sungguh membaca.
lelapku diganggu oleh makluman kapten kapal bahawa kami akan sampai di KLIA kira-kira 15 minit lagi. aku terlihat mat saleh disebelah aku dengan cepat-cepat menghabiskan bacaannya dan mencatatkan alamat penerbit buku di sehelai kertas. kemudian dihulurkan kembali buku itu kepada aku. melihat kepada kesungguhannya membaca, aku dengan ikhlas menyatakan bahwa aku hadiahkan kepadanya sebagai tanda pengenalan.
riak wajahnya pada mulanya seperti serba salah kemudiannya menjadi sangat ceria. dia memperkenalkan diri sebagai colin gadsden berasal dari London. kami sempat bertukar alamat dan no telefon semasa berbual. isterinya juga sesekali menyampuk perbualan kami dan katanya colin sangat gembira dapat berkenalan dengan aku.
gadsden rupa-rupanya sorang persara dan isterinya masih berkerja. mereka telah tiba di malaysia kira-kira 3 minggu dan dalam perjalanan ke langkawi. mereka telah ke pulau pinang kemudiannya ke sabah dan akhirnya langkawi adalah destinasi terakhir. segalanya diuruskan agen pelancongan mereka. pasangan tersebut akan kembali ke london selepas ke langkawi kerana isteri colin masih berkerja dan berazam akan kembali ke malaysia lagi. gadsden memberitahu bahawa dia sangat berminat membaca buku seperti itu dalam pelbagai sudut dan pandangan. baginya, penulis pro-barat bukan satu-satunya sumber bacaan tetapi perlu dipelbagaikan. dan di negaranya, buku bacaan yang bukan pro-barat amat sukar dicari.
bertanyakan pasal london, gadsden memberitahu bahwa dia sendiri tidak mengetahui keseluruhan kota tersebut. dengan polpulasi seramai 7juta penduduk dan keluasan kira -kira 1,700.0 km2, london bukanlah sebuah kota impian. tapi gadsden dengan senang hati mengalu-alukan aku ke lonlon dan sedia untuk menjadi teman jika ke sana. OMG, entah bila aku akan ke sana. tapi mendapat seorang kenalan diperantauan amat-amat melegakan. mungkin itu juga yang dirasakan colin dan isterinya apabila aku sudi menjadi teman bicara dan bertegur sapa dengan mereka.
perjalanan ini sangat menarik bagi aku.aku mengharapkan dengan hadiah tak seberapa itu, colin dan isteri dapat melihat dunia dari sudut yang selama ini mereka tidak mengetahui tentang kewujudannya. semoga juga menjadi jalan dakwa dan jihad kecil aku. amin
3/18/2009
Memahami hujah amalan dalam ibadah ASWJ Perlis Part II
sambungan
Tidak Membaca Doa makan
Maksud doa: Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).
status hadith lemah kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah.
- Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain).
- Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya.
- Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu:
Maksudnya:
Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu.
Riwayat yang soheh ini menghendaki kita menyebut nama Allah (membaca Bismillah) ketika memulai tanpa didahului dengan apa-apa doa. Walaupun begitu disana terdapat hadith riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW bila hendak makan:
Maksudnya:
’Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu’
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya.
Nota: Dalam riwayat Ibnu Majah perkataan ’wa ath ighmna’ diatas diganti dengan ’war zuqna’ ( dan kurniakanlah kepada kami rezeki ).
.Dengan digabungkan dua hadith diatas, maka boleh dibacakan doa riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah tersebut bila hendak makan, kemudian dibaca "Bismillah".
Tiada Doa Selepas Iqamah
Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Torifi : tidak thabit dari Rasulullah saw apa-apa bacaan/zikir atau do'a sebelum Takbir al-Ihram. Yang ada hanyalah makmum menyibukkan diri meluruskan saf [Sifatu Solaati al-Nabii saw, ms 45].
Tidak Angkat tangga semasa khatib membaca doa dalam khutbah
Berdo'a sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi saw. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdo'a di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata :-
"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah saw melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya : dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" [Hadith Riwayat Muslim #874 dan Abu Daud #1104].
Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini : ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.
Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].
Kesimpulannya pandangan diatas adalah benar. Seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan. WA.
Tiada Amalan Bacaan Qunut dalam Solat Subuh
Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:
- Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…
- Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
- Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.
Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?
- Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya. (Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1.
- Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim). - Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.
- Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
- Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)
- Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…(Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu)
Apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.
Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]
Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.
2/23/2009
Memahami hujah amalan dalam ibadah ASWJ Perlis
Tidak bermazhab:
Pegangan Perlis adalah ASWJ dan bukan bermazhab Syafie. ASWJ Perlis tidak selalu terikat dengan mana-mana mazhab dalam fatwa-fatwanya. Terutama bila mereka menemukan dalil yang lebih rajih.
Tiada Amalan ziarah kubur :
Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, juga mengharamkan untuk menyelimuti kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka pun mengakui bahwa ziarah kubur itu ada masyru'iyahnya dari syariat Islam.
Dahulu Aku (Rasulullah SAW) melarang kalian ziarah kubur, namun sekarang silahkan berziarah kubur. (HR Muslim dan merupakan hadits Shahih dan terdapat dalam syarah imam Nawawi)
Hanya saja mereka agak lebih berhati-hati, agar jangan sampai niat ziarah yang baik itu dirosak dengan amalan yang diharamkan.
Tidak membaca talkin pada jenazah:
merupakan hadith yang lemah.
- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali).
- Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya.
- Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya' Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami.
- Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu'. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali
- Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri disisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Bag-inda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian: Maksudnya:Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith riwayat A:bu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi )
Tidak Berjabat Tangan (Bersalam) Sambil Berselawat
merupakan hadith yang lemah
- Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Durust bin Hamzah.
- Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
- Kata Imam Abu Daud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
- Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya.
- Kata Imam Abu Hatim: Hadithnya tidak boleh berdiri sendiri. (untuk dijadikan hujjah).
Tidak Membaca Yaasin Pada Malam Jumaat
Maksud hadith:
Barangsiapa membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat diampunkan baginya (akan dosa-dosanya).
hadith ini berstatuus sgt lemah kerana dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bemama Aghlab bin Tamim dan Zaid bin AI-Harish.
- Aghlab bin Tamim - Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang mungkar hadithnya dan ia meriwayatkan hadith dari perawi-perawi yang thiqah (kepercayaan) yang mana hadith-hadith tersebut bukan berasal dari mereka sehingga terkeluar dari batasan boleh berhujah dengannya disebabkan banyaknya kesalahan yang dilakukan. Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu(yang soheh untuk dijadikan pegangan).Kata Imam An-Nasai: Ia lemah.
- Zaid bin AI-Harish. Kata Imam Ibnu Qathan: Ia majhul hal (iaitu seorang perawi yang diriwayatkan darinya dua orang atau lebih tetapi ia tidak dianggap orang yang kepercayaan). Sanad hadith ini terputus, dimana hadith ini diriwayatkan oleh AI-Hasan AI-Basri dari Abu Hurairah dari Nabi SAW. AI-Hasan AI-Basri tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Kedudukan AI-Hasan yang tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Ini ditegaskan oleh Imam At- Tirmizi, Imam AI-Bazzar, Imam Abdul Hak, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnul Qattan. Kedudukan terputusnya periwayatan AI-Hasan dari Abu Hurairah ini dikuatkan lagi oleh Imam Az-Zahabi didalam kitabnya Mizan AI-I'tidal.
Sunnah pada siang atau malam Jumaat adalah membaca Surah AI-Kahfi.Berkata Abu Said AI-Khudri:
Maksudnya:
Barangsiapa membaca Surah AI-Kahfi pada malam Jumaat, terpancar baginya cahaya antaranya dan antara Kaabah.
(Riwayat Ad-Darimi)
bersambung...