4/15/2009

Saya anak Malaysia

  1. Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan ini dibuat oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Walau bagaimanapun lagu Terang Bulan telah terpilih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'NegaraKu' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
  2. Syarikat petroleum nasional, PETRONAS telah ditubuhkan pada 1974. Pada ulang tahunnya yang ke30 baru-baru ini, kumpulan syarikat ini telah memiliki lebih daripada 100 anak syarikat dan syarikat bersekutu di lebih daripada 30 negara di seluruh dunia dan merupakan antara syarikat Fortune Global 500.
  3. Apabila Jepun memerintah negara ini pada tahun 1942, waktu Tanah Melayu ditukar mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal hinggalah pada tahun 1945. Apabila Jepun kalah 1945, waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula. Pada 3 Disember 1981 Malaysia mempercepatkan waktu sebanyak 30 minit untuk menyeragam waktu dengan Sabah dan Sarawak.
  4. Pada 28 Feb 1983, Universiti Toronto menjadi universiti yang pertama di Kanada memperkenalkan Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran di Jabatan Kajian Bahasa di Universiti tersebut.
  5. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan terpanjang di Asia dan ketiga terpanjang di dunia telah dibina pada tahun 1980-1985 yang menghubungkan Gelugor dan Seberang Prai. Jambatan sepanjang 15.5 km telah dirasmikan oleh Dr Mahathir Mohamed pada 15 Sept 1985.
  6. Pada Jun 1987, MIMOS melancarkan ISP pertama bagi Malaysia, yang diberi nama RangKoM (Rangkaian Komputer Malaysia). Rangkaian data komputer pertama di Malaysia telah dilancarkan pada Jun 1987. Diberi nama 'Rangkaian Komputer Malaysia' (RangKom), rangkaian ini telah menghubungkan universiti-universiti utama di dalam negara.
  7. Perasmian tiang bendera Malaysia setinggi 100 meter (300 kaki) di Dataran Merdeka pada Julai 1989. Tiang yang tertinggi di dunia ini mengibarkan bendera sebesar 10.62 meter (30 kaki) lebar dan 21.34 meter panjang (70 kaki).
  8. Apabila Malaysia memasuki era Internet pada 1995, Perdana Menteri ketika itu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi ketua kerajaan pertama di dunia yang mengadakan sidang media secara langsung melalui Internet.
  9. Menara Petronas dirasmikan pada Disember 1996. Dengan ketinggian 451.9 meter, bangunan berkembar dua ini mempunyai 88 tingkat dan disambungkan 170 meter dari paras jalanraya. Sekumpulan 22 orang anggota Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada 22 anggota lelaki dan seorang wanita telah berjaya melakukan operasi menyelamat di menara berkembar tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter. Walaupun ia sekadar latihan, operasi ini mencatat rekod Guinness sebagai operasi menyelamat kebakaran yang tertinggi di dunia.
  10. KLIA merupakan lapangan terbang tercanggih di Asia dan dibina di Sepang, 50 km dari Kuala Lumpur. Dirasmikan pada 28 Jun 1998, lapangan terbang ini mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia, dan sewaktu dalam pembinaan, ia merupakan tapak pembinaan lapangan terbang terbesar pernah dibuat.
  11. Pada 15 - 17 Oktober 1999, Malaysia buat kali pertama telah menganjurkan acara paling berprestij dalam sukan lumba motor iaitu Kejohanan Dunia Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang. Litar F1 Sepang ialah satu-satunya litar lumba di dunia yang diberikan penghormatan untuk memasukkan logo F1 di dalam nama rasminya. Litar canggih yang menggabungkan teknologi senibina dan kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia ini boleh menampung 130,000 penonton, termasuk 30,000 di anjung utama dwi-hadapan. Anjung dwi-hadapan ini adalah yang pertama seumpamanya dibina di dunia.
  12. Sistem transit rel ringan PUTRA yang menghubungkan kawasan-kawasan sub-bandar di sebelah timur dan barat Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari sistem pengangkutan moden di bandar raya itu. Sistem yang meliputi laluan sejauh 29km ini adalah sistem kereta api ringan automatik tanpa pemandu terpanjang di dunia pada tahun pertama operasinya, sehingga perkhidmatan kereta api ringan di Lille, France dipanjangkan kepada 32km pada tahun 2000.
  13. Istana Budaya (dahulunya dikenali sebagai Panggung Negara) di Kuala Lumpur adalah salah sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai kemudahan pentas yang canggih untuk pementasan acara kesenian dan kebudayaan. Ini meletakkannya dalam senarai sepuluh panggung yang tercanggih di dunia. Direkabentuk oleh arkitek tempatan, Muhammad Kamar Ya'akub dan dibangunkan dengan kos RM210 juta, kompleks ini meliputi kawasan seluas 5.44 hektar dengan ukuran lantai seluas 21,000 meter persegi. Bentuk binaan utama Istana Budaya direka mengikut gubahan sirih junjung, manakala pelan lantai bangunan ini disusun berkonsepkan rumah tradisional Melayu yang mempunyai tiga bahagian iaitu tangga utama dan serambi (lobi), rumah ibu (auditorium) dan dapur (pentas utama dan dewan latihan).
  14. Universiti Multimedia (MMU) memperkenalkan skrol elektronik pada 26 Februari 2000, dan menjadi universiti pertama di dunia memperkenalkan skrol elektronik. Di dalam skrol ini, graduan akan diberikan sebuah CD-ROM dan kad pintar b erasaskan kad mikrocip yang merekodkan segala maklumat graduan. Dokumen digital ini menggunakan teknologi kritografi yang memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap maklumat yang terkandung di dalamnya.
  15. Bahasa Melayu kini merupakan kumpulan bahasa keempat terbesar di dunia dan kedua terbesar di Asia, dengan 250 juta orang penutur di Asia Tenggara dan 300 juta penutur di seluruh dunia.
  16. Pada April 2001, Malaysia menjadi negara pertama di dunia mengeluarkan Kad Pintar Pelbagai Guna yang memuatkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan aplikasi pembayaran. Kad ini adalah satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia (MSC).
  17. Pada Mei 2003, Malaysia ditarafkan sebagai negara keempat paling berdaya saing di kalangan negara-negara berpenduduk lebih daripada 20 juta. Penarafan ini dibuat berdasarkan kajian tahunan yang dibuat oleh Sekolah Perniagaan IMD di Lausanne, Switzerland.
  18. Kejayaan terbesar menjuarai Terbuka Dunia di Hong Kong meletakkan ratu skuasy wanita sama taraf dengan atlit sukan terbilang negara. Tiada siapa yang mampu menafikan Nicol Ann David, gadis kelahiran Pulau Pinang untuk bergelar juara dunia sekali gus ditabalkan sebagai pemain nombor satu dunia.
  19. 30 Mac 2007-Jalan terowong bawah tanah atau juga dikenali sebagai terowong SMART bernilai RM1.9 bilion menjadi laluan alternatif kepada 200,000 pengguna jalan raya. Laluan kira-kira empat kilometer itu bakal memendekkan masa perjalanan kepada lima minit dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi menuju ke Bulatan Kampung Pandan. Projek SMART atau singkatan kepada Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir yang dimulakan pada Januari 2003 dirangka, dengan dwifungsi utama iaitu untuk mengatasi masalah banjir di ibu negara dan sebagai laluan trafik. Sebagai terowong lencongan air ketika banjir kilat melanda ibu negara, ia mampu menampung sehingga tiga juta meter padu air dengan mengalihkan dari Sungai Klang di Kampung Berembang, Ampang melalui terowong ke kolam tadahan terletak di Taman Desa, Jalan Klang Lama seterusnya dilepaskan secara terkawal ke Sungai Kerayong. Pada waktu yang sama, ia digunakan untuk laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

kisah dalam penerbangan KK - KL

dah lama tak blogging. just nak share satu crita yang belaku pada 13 feb 2009 lalu. sebuah kisah pendek yang berlaku dalam penerbangan MH2709, penerbangan MAS dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. aku dan 2 orang teman dalam perjalanan balik dari mesyuarat 3 hari di One Broneo. KKIA dah cantik sekarang tak seperti kali pertama aku sampai Sabah tahun lepas. betul-betul menepati standard international airport berbanding dahulu yang tak ubah seperti hentian pudu raya.

penerbangan kami berlepas daripada KKIA jam 3.30 petang. oleh kerana kami check-in agak lambat, aku dan seorang teman disediakan tempat duduk agak terkebelakang. sebelah kiri aku adalah seorang pelancong eropah (mat saleh) dan teman aku berada diseblah kanan berdekatan tingkap. seperti biasa, dah jadi rutin aku akan bawa buku kalau ke mana-mana. sekadar teman ilmu dan mengisi kekosongan masa. malah dalam kereta pun, aku tinggalkan 1-2 buah buku untuk dibaca.

buku yang aku bawa hari tu berkenaan individu-individu yahudi tertentu menguasai pentadbiran white house dan senat US dan mereka ini yang mencatur potitik US dan kekejaman di Palestin. buku keluaran saba' islamic media dalam versi bahasa inggeris, aku dah tak ingat tajuk buku tersebut. memandangkan perut aku sangat lapar walaupun dah makan kat hotel tadi dan makanan dalam penerbangan belum dihidangkan, buku tersebut menjadi makanan minda aku.

lepas saja makan, aku terus ambil kesempatan untuk tidur. mat saleh sebelah aku tetiba meminta izin untuk membaca buku tersebut. aku pun dengan tanpa fikir panjang, menghulur. kami berbual sekejap berkenaan buku tersebut. sebelum aku tidur, sempat juga aku melibat bertapa mat saleh tersebut berminat dan bersungguh-sungguh membaca.

lelapku diganggu oleh makluman kapten kapal bahawa kami akan sampai di KLIA kira-kira 15 minit lagi. aku terlihat mat saleh disebelah aku dengan cepat-cepat menghabiskan bacaannya dan mencatatkan alamat penerbit buku di sehelai kertas. kemudian dihulurkan kembali buku itu kepada aku. melihat kepada kesungguhannya membaca, aku dengan ikhlas menyatakan bahwa aku hadiahkan kepadanya sebagai tanda pengenalan.

riak wajahnya pada mulanya seperti serba salah kemudiannya menjadi sangat ceria. dia memperkenalkan diri sebagai colin gadsden berasal dari London. kami sempat bertukar alamat dan no telefon semasa berbual. isterinya juga sesekali menyampuk perbualan kami dan katanya colin sangat gembira dapat berkenalan dengan aku.

gadsden rupa-rupanya sorang persara dan isterinya masih berkerja. mereka telah tiba di malaysia kira-kira 3 minggu dan dalam perjalanan ke langkawi. mereka telah ke pulau pinang kemudiannya ke sabah dan akhirnya langkawi adalah destinasi terakhir. segalanya diuruskan agen pelancongan mereka. pasangan tersebut akan kembali ke london selepas ke langkawi kerana isteri colin masih berkerja dan berazam akan kembali ke malaysia lagi. gadsden memberitahu bahawa dia sangat berminat membaca buku seperti itu dalam pelbagai sudut dan pandangan. baginya, penulis pro-barat bukan satu-satunya sumber bacaan tetapi perlu dipelbagaikan. dan di negaranya, buku bacaan yang bukan pro-barat amat sukar dicari.

bertanyakan pasal london, gadsden memberitahu bahwa dia sendiri tidak mengetahui keseluruhan kota tersebut. dengan polpulasi seramai 7juta penduduk dan keluasan kira -kira 1,700.0 km2, london bukanlah sebuah kota impian. tapi gadsden dengan senang hati mengalu-alukan aku ke lonlon dan sedia untuk menjadi teman jika ke sana. OMG, entah bila aku akan ke sana. tapi mendapat seorang kenalan diperantauan amat-amat melegakan. mungkin itu juga yang dirasakan colin dan isterinya apabila aku sudi menjadi teman bicara dan bertegur sapa dengan mereka.

perjalanan ini sangat menarik bagi aku.aku mengharapkan dengan hadiah tak seberapa itu, colin dan isteri dapat melihat dunia dari sudut yang selama ini mereka tidak mengetahui tentang kewujudannya. semoga juga menjadi jalan dakwa dan jihad kecil aku. amin