11/04/2009

Perlis sebagai retirement hometown


beberapa minggu lepas aku menghadiri satu seminar selama dua hari di Pan Pacific Hotel, KLIA. semasa bual-bual kosong di restoran hotel sambil makan tengah hari, negeri Perlis menjadi antara topik yang hangat diperkatakan. antaranya cadangan kami untuk melihat kemungkinan Perlis mampu jadi retirement hometown seperti Florida, US.

antara rasionalnya;
  1. perlis merupa negeri kecil yang kekurangan sumber mineral dan alam semula jadinya tidak komersial. perlis takkan mampu jadi negeri perindustrian atau negeri perlancongan seperti Perak, Kedah, Sabah, Melaka dll.
  2. perlis bukan seperti johor yang bersempadan dengan singapura- negara perdagangan, hub dan pusat perniagaan serantau. walaupun KDNK Thailand lebih baik berbanding Malaysia, tetapi limpahan kegiatan perdagangan dan perniagaan berimpak besar tidak mengalir ke selatan negara itu. padang besar dan wang kelian tak mampu menjadi seperti JB.
  3. pemandangan di perlis amat cantik dengan saujana bendang/sawah padi, bukit dan suasana kampung. pemandangan ini kalau dikekalkan akan menjadi aset sebagai tarikan kepada mereka yang inginkan kelainan. persekitaran ini seolah-olah masa terhenti di situ dan penduduk boleh menjalani kehidupan tanpa hambatan masa dan kerja.
  4. kos hidup yang murah berbanding bandar-bandar besar negeri lain.
  5. tiada kesesakan lalu lintas dan kesibukan masyarakat sekitar mengejar desakan hidup.
  6. Alor Star dan Jitra adalah tempat membeli belah bertaraf bandaraya.
  7. padang besar boleh menjadi tempat tumpuan dalam mendapatkan sedikit kelainan dalam keperluan harian. penduduk boleh sesekali merasai masakan thailand atau mendapatkan barang seperti hiasan, kraf tangan, pakaian, makanan dan lain-lain di situ. harga yang murah akan menjadi kepuasan, bebaloi dengan simpanan yang ada.
  8. langkawi hanya 45 minit dari jeti kuala perlis. dengan perjalanan yang singkat dan murah, penduduk perlis akan mendapat sebuah percutian bertaraf antarabangsa.
  9. lapangan terbang antarabangsa langkawi boleh menjadi penghubung penduduk yang inginkan perjalanan keluar negara. atau menjadi penghubung kepada anak-anak, saudara mara dan teman-teman dari dalam dan luar negara untuk datang ke perlis.
dengan 9 rasional di atas, aku rasa sudah cukup untuk difikirkan bersama. tak perlu lah perlis nak maju macam negeri lain maju, istilah 'maju' boleh diintrepretasikan dalam pelbagai cara dan gaya.