1/13/2009

Kota Tiga Agama

ku dedikasikan puisi ini kepada saudara2 ku di Gaza bersama doa dan munajat dalam penuh pengharapan

Kota Tiga Agama

Ini kota suci
Tanah kelahiran anbiya’
Galur warisan wahyu berzaman
Risalah suhuf, Zabur, Taurat, Injil dan Qur’an

Temboknya diukir sirah panjang
dan kerusi Sulaiman menjadi saksi yang memandang
bahawa
Khubah dan menaranya sering kali bertukar lambang
Gabus dan serulingnya beringkah irama perang
Lorong-lorongnya berdebu dengan sengketa pejuang

kota ini dibina
atas nama kiblat pertama
ulama’, umara’ dan syuhada’
atas nama pengampunan dosa
rahib dan salib
atas nama Beit HaMikdash
bani Israel

Tiga agama satu beriktikad
bahawa
Adam permulaan umat manusia
Ibrahim adalah bapa kita
Tapi sengketa atas kefasikan karya Bible dan Tanakh

Kota ini pernah dikongsi
Islam, Nasrani dan Yahudi
di bawah King Badwin IV dan Salahuddin Al-Ayubi

Mungkinkah akan diulangi
Baitul Maqdis tenang kembali