2/23/2009

Memahami hujah amalan dalam ibadah ASWJ Perlis

Tidak bermazhab:

Pegangan Perlis adalah ASWJ dan bukan bermazhab Syafie. ASWJ Perlis tidak selalu terikat dengan mana-mana mazhab dalam fatwa-fatwanya. Terutama bila mereka menemukan dalil yang lebih rajih.

Tiada Amalan ziarah kubur :

Mereka melarang membangun bangunan di atas kuburan, juga mengharamkan untuk menyelimuti kuburan atau memasang lampu di dalamnya. Mereka pun mengakui bahwa ziarah kubur itu ada masyru'iyahnya dari syariat Islam.

Dahulu Aku (Rasulullah SAW) melarang kalian ziarah kubur, namun sekarang silahkan berziarah kubur. (HR Muslim dan merupakan hadits Shahih dan terdapat dalam syarah imam Nawawi)

Hanya saja mereka agak lebih berhati-hati, agar jangan sampai niat ziarah yang baik itu dirosak dengan amalan yang diharamkan.

Tidak membaca talkin pada jenazah:

merupakan hadith yang lemah.

  • Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Said Al-Azdi yang menurut Imam Ibnu Abi Hatim adalah majhul (seorang perawi yang tidak dikenali).
  • Menurut Imam Al-Haithami di dalam sanadnya terdapat jemaah (ramai) perawi yang tidak dikenalinya.
  • Hadith serupa ini juga dikeluarkan oleh Ad-Dhiya' Al-Maqdisidan Ibnu Asakir. Tetapi di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Abdullah bin Muhammad, juga seorang perawi yang tidak dikenali. Zahir dari ini, dapat dikatakan bahawa Abdullah bin Muhammad ini termasuk dalam jemaah perawi yang tidak dikenali oleh Imam Al-Haithami.
  • Hadith ini juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Majmu'. Begitu juga telah dilemahkan sanadnya oleh Imam AI-Iraqi ketika mengeluarkan hadith-hadith dari kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali
  • Paling utama ialah berdoa dan memohon keampunan untuk simati setelah selesai dikebumikan dengan berdiri disisi kubur sebagaimana thabit dalam sunnah Nabi SAW. Bag-inda bersabda kepada sahabat-sahabat yang hadir diupacara pengkebumian: Maksudnya:Mintalah keampunan untuk saudara kamu dan mohonlah baginya ketetapan (dapat jawab soalan Mungkar dan Nakir) kerana sesungguhnya ia sekarang sedang disoal. (Hadith riwayat A:bu Daud, AI-Hakim, AI-Baihaqi )

Tidak Berjabat Tangan (Bersalam) Sambil Berselawat

merupakan hadith yang lemah

  • Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Durust bin Hamzah.
  • Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
  • Kata Imam Abu Daud, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnu Hajar: Ia lemah.
  • Kata Imam Abu Zur'ah: Ia seorang yang lemah hadithnya.
  • Kata Imam Abu Hatim: Hadithnya tidak boleh berdiri sendiri. (untuk dijadikan hujjah).

Tidak Membaca Yaasin Pada Malam Jumaat

Maksud hadith:
Barangsiapa membaca Surah Yaasin pada malam Jumaat diampunkan baginya (akan dosa-dosanya).

hadith ini berstatuus sgt lemah kerana dalam sanadnya terdapat dua orang perawi yang bemama Aghlab bin Tamim dan Zaid bin AI-Harish.

  • Aghlab bin Tamim - Kata Imam Ibnu Hibban: Ia seorang yang mungkar hadithnya dan ia meriwayatkan hadith dari perawi-perawi yang thiqah (kepercayaan) yang mana hadith-hadith tersebut bukan berasal dari mereka sehingga terkeluar dari batasan boleh berhujah dengannya disebabkan banyaknya kesalahan yang dilakukan. Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.Kata Imam Ibnu Ma'in: Ia tidak memiliki sesuatu(yang soheh untuk dijadikan pegangan).Kata Imam An-Nasai: Ia lemah.
  • Zaid bin AI-Harish. Kata Imam Ibnu Qathan: Ia majhul hal (iaitu seorang perawi yang diriwayatkan darinya dua orang atau lebih tetapi ia tidak dianggap orang yang kepercayaan). Sanad hadith ini terputus, dimana hadith ini diriwayatkan oleh AI-Hasan AI-Basri dari Abu Hurairah dari Nabi SAW. AI-Hasan AI-Basri tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Kedudukan AI-Hasan yang tidak pemah mendengar sebarang hadith dari Abu Hurairah RA. Ini ditegaskan oleh Imam At- Tirmizi, Imam AI-Bazzar, Imam Abdul Hak, Imam Ad-Daruqutni dan Imam Ibnul Qattan. Kedudukan terputusnya periwayatan AI-Hasan dari Abu Hurairah ini dikuatkan lagi oleh Imam Az-Zahabi didalam kitabnya Mizan AI-I'tidal.

Sunnah pada siang atau malam Jumaat adalah membaca Surah AI-Kahfi.Berkata Abu Said AI-Khudri:
Maksudnya:
Barangsiapa membaca Surah AI-Kahfi pada malam Jumaat, terpancar baginya cahaya antaranya dan antara Kaabah.
(Riwayat Ad-Darimi)

bersambung...

2/09/2009

Kisah tercabarnya DYMM

  1. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
  2. Pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993. Usul khas parlimen dikemukakan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
  3. tunjuk perasaan Berug dan Kurap apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
  4. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara apabila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
  5. Pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
  6. Semasa Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas telah mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
  7. Tunjuk perasaan apabila DYMM Tuanku Mizan, YDP Agong dan Sultan Terengganu tidak merestui pelantikan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.
  8. Tindakan PM Abdullah Badawi memberi watihah perlantikan Shahidan Kassim sebagai MB Perlis tanpa perkenan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perlis

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

  1. Al-fatihah atas kematian YB Allahyarham Roslan Shaharum, MP Bukit Gantang.
  2. BN dan PR masing2 yakin akan menang. Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS maklumkan kepada Astro Awani bahawa PAS telah lama bersedia sebab jentera pilihanraya PAS memang telah siap sedia untuk pilihanraya kecil DUN di seluruh Perak sejak seminggu lalu.
  3. DAP Perak cadangkan YAB Ir Nizar sebagai calon PR Bukit Gantang. Kalau betul YAB Ir Nizar jadi calon, banyak perkara menarik untuk sama2 kita tunggu, lihat dan analisa.
  4. Suara Bukit Gantang boleh jadi pengukur samada rakyat Perak masih menyokong YAB Ir Nizar sebagai MB Perak atau mereka menghalalkan tindakan BN mengambil alih Perak.
  5. Bukit Gantang memang terkenal dengan sejarah Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau pada asalnya ahli UMNO tetapi kemudiannya menyokong Dato Onn Jaafar yang menubuhkan IMP. Beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.
  6. PRK Bukit Gantang juga memberi ruang dan peluang kepada ke bawah DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah menilai sokongan rakyat terhadap keputusan baginda sultan.
  7. Bilangan undi yang diberikan kepada PR adakah jumlah bilangan rakyat yang menolak UMNO-BN di Perak.
  8. Sekiranya BN menang, bilangan kerusi di Parlimen yang mewakili BN akan kembali seperti keadaan sebelum PRK Kuala Terengganu dan rakyat Perak menghalalkan tindakan UMNO-BN menumbangkan Kerajaan PR di Perak.
  9. Sekiranya PR menang, bukan sekadar kerusi Parlimen bertambah, tetapi mencerminkan sokongan rakyat Perak terhadap tindakan yang diambil oleh PR di Perak.
  10. Satu lagi kerusi yang baru dikosongkan adalah Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau apabila V Arumugam mengosongkan kerusi tersebut.
  11. Sekali lagi BN dan PR akan bertembung. kali ini untuk melihat suara orang Kedah.

2/06/2009

Secebis Kisah MB Perak

Bagi mereka yang ingin mengenali YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridwan.

Petikan daripada http://perakdaily.com.

Terharu dengan ‘petugas’ ber’tshirt’ pagoda yang kini seorang MB

August 3, 2008

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu “depa raya”.

Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.

Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.

Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut “Depa Raya”, sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar “petugas” ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang “petugas” terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, “petugas” berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali “petugas” itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, “petugas” itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta “petugas” itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

“Petugas” itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya.

Sebaik tiba, “petugas” itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh “petugas” itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amran pun pernah memberitahu perkara itu. “Petugas” itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. “Petugas” itu terus gigih memasang semula rim kereta. ‘Tshirt’ pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, “petugas” itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan “petugas” itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. Petugas” itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan “petugas” itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau “petugas” itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada “petugas” yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada “petugas” itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

“Ustaz Nazir Zakaria. Oh… Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga,” kata “petugas” itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. “Petugas” itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

“Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana,” ujar “petugas” itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, “petugas” itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

2/03/2009

Cerita dari Thailand

cuti pada 31 jan hingga 3 feb 2009 sempena CNY aku berkesempatan ke Thailand bersama keluarga.

trivia perjalanan aku di Thailand
  1. aku pergi ke dua wilayah selatan Tlailand iaitu Pattani dan Songkla.
  2. penginapan aku pada hari pertama dan kedua di Chakkiye dan Nat Tanjung, Pattani dan ketiga di Hat Yai, Songkla. penginapan di Pattani adalah di rumah saudara dan di Hat Yai adalah di hotel.
  3. semasa ke sana RM lemah berbanding bath. 1000.00 bath = RM103.00.
  4. perjalanan aku ke sana menggunakan jalan darat. jalan yang dilalui merupakan highway (laluan 42).
  5. menariknya highway mereka adalah jalan 1 hala di pisahkan dengan pokok rendang seperti PLUS di Gurun, Kedah. laluannya 2 lorong dan kadang-kadang ada yang mencapai sehingga 5 lorong apabila di kawasan bandar dan berlampu isyarat.
  6. tiada sebarang tol yang dikenakan dan ianya adalah freeway dari segi bayaran dan aliran trafik yang lancar. tidak kisahlah kalau harga minyak di Thailand mahal sekadar .30 sen berbanding Malaysia
  7. kualiti jalan ini amat baik setaraf PLUS highway atau mungkin lebih baik kerana tiada sebarang kerosakan jalan walaupun digunakan oleh pelbagai jenis kenderaan.kenderaan paling popular di sana adalah jenis pick-up. sepanjang perjalanan aku, tiada kemalangan jalan raya ditemui.
  8. di setiap 2 hingga 5km akan ada laluan untuk U-trun kerana di kiri dan kanan jalan merupakan kawasan perkampungan.
  9. di setiap 10 hingga 20km akan terdapat sekatan jalan raya yang menyebabkan kenderaan perlu melakukan pengerakan Zik Zak. hanya terdapat beberapa sekatan sahaja yang dijaga oleh askar.
  10. Had laju highway yang ditetapkan adalah 90KM/J
  11. hampir 80% jalan tersebut disembahi lampu neon sepanjang jalan pada sebelah malam seperti PLUS sediakan dari Seremban ke Sg. Besi.
  12. jalan secantik itu tiada sebarang bingitan engin motor mat rempit sama ada highway di kawasan bandar atau kampung.
  13. di jalan2 kampung yang kadang2 hanya muat-muat untuk satu kereta lalui, lampu kalimantang disediakan untuk terangi jalan. juga tiada mat rempit
  14. di setiap rumah yang aku singgah, air minuman yang dihidangkan adalah air berkabonat. yang popular adalah spairt, fanta dan merinda. air tersebut disediakan bersama ais. daripada kata-kata abang aku, sodanya adalah sedikit berbanding di Malaysia. aku tak minum air berkabonat, maka air kosong menjadi pilihan aku.
  15. hanya beberapa kali aku dapat hidangan kopi atau teh.
  16. bahasa inggeris bukan bahasa yang wajib diketahui di thailand. masalah komunikasi kadang berlaku apabila aku berkomunikasi dengan imergresen, kastam, polis, askar atau semasa membeli barangan di Hat Yai, Songkla.
  17. Di Pattani bahasa percakapan harian utama adalah bahasa melayu dialek seakan-akan kelantan kerana melayu merupa kaum utama. kecuali semasa di tahan oleh askar dan polis berbangsa siam yang tidak boleh berbahasa melayu.
  18. aku berkempatan singgah di Masjid Krue Se, Pattani. masjid itu masih kukuh berdiri di tepi highway dan masih digunakan walaupun dibom dan tembak berulang kali. kesan peluru masih terdapat di dinding2 masjid berkenaan.
  19. sebelah masjid itu merupakan Wat Siam.
  20. Nama Masjid Krue Se adalah Masjid Sultan Muzaffar Shah dan dibina oleh Sultan berkenaan pada pertengahan kurun ke-16 mengikut seni bina timur tengah.