2/09/2009

PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau

  1. Al-fatihah atas kematian YB Allahyarham Roslan Shaharum, MP Bukit Gantang.
  2. BN dan PR masing2 yakin akan menang. Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS maklumkan kepada Astro Awani bahawa PAS telah lama bersedia sebab jentera pilihanraya PAS memang telah siap sedia untuk pilihanraya kecil DUN di seluruh Perak sejak seminggu lalu.
  3. DAP Perak cadangkan YAB Ir Nizar sebagai calon PR Bukit Gantang. Kalau betul YAB Ir Nizar jadi calon, banyak perkara menarik untuk sama2 kita tunggu, lihat dan analisa.
  4. Suara Bukit Gantang boleh jadi pengukur samada rakyat Perak masih menyokong YAB Ir Nizar sebagai MB Perak atau mereka menghalalkan tindakan BN mengambil alih Perak.
  5. Bukit Gantang memang terkenal dengan sejarah Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak. Beliau pada asalnya ahli UMNO tetapi kemudiannya menyokong Dato Onn Jaafar yang menubuhkan IMP. Beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15.
  6. PRK Bukit Gantang juga memberi ruang dan peluang kepada ke bawah DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah menilai sokongan rakyat terhadap keputusan baginda sultan.
  7. Bilangan undi yang diberikan kepada PR adakah jumlah bilangan rakyat yang menolak UMNO-BN di Perak.
  8. Sekiranya BN menang, bilangan kerusi di Parlimen yang mewakili BN akan kembali seperti keadaan sebelum PRK Kuala Terengganu dan rakyat Perak menghalalkan tindakan UMNO-BN menumbangkan Kerajaan PR di Perak.
  9. Sekiranya PR menang, bukan sekadar kerusi Parlimen bertambah, tetapi mencerminkan sokongan rakyat Perak terhadap tindakan yang diambil oleh PR di Perak.
  10. Satu lagi kerusi yang baru dikosongkan adalah Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau apabila V Arumugam mengosongkan kerusi tersebut.
  11. Sekali lagi BN dan PR akan bertembung. kali ini untuk melihat suara orang Kedah.

No comments: