9/05/2006

RTM TERDESAK ATAU HILANG PUNCA?


Media elektronik merupakan satu wadah dan landasan dalam penyaluran maklumat yang berkesan. Sudah pasti, siaran yang ditayangkan akan mencerminkan mentaliti penonton dan mereka yang menyediakan bahan tersebut.

Menjadi kelakar dan aneh apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan slot khas berkaitan isu Mawi AF 3 dan bekas tunangannya Diana Naim pada 28 Ogos 2006. Terdetik untuk saya mempersoalkan rasionalnya isu ini dijadikan bahan utama dan ditayangkan pada waktu perdana di RTM 1. Bancian Buletin Utama menunjukkan 61% penonton tidak setuju RTM menganjurkan rancangan tersebut serentak dengan majlis perkahwinan Siti Nurhaliza. Peratusan ini agak kurang memberangsangkan tetapi persoalan lain timbul. Adakah Mawi dan Ina merupakan perkara besar kepada negara?

Tidak dapat dinafikan, RTM terdesak kerana pada masa yang sama TV3 menayangkan siaran langsung majlis resepsi penyanyi no. satu negara, Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa di KLCC. Tindakan TV3 itu walaupun mengada-ada tetapi harus dipertimbangkan dua perkara. Pertama tawaran daripada Siti Nurhaliza sendiri dan kedua TV3 merupakan stesen swasta. Maka bukan menjadi dosa besar jika hiburan menjadi slot utama dalam siaran mereka.

Berbalik kepada RTM, siaran kerajaan tersebut mempunyai tanggungjawab sosial yang sangat besar. Jika dibandingkan isu picisan Mawi-Ina berbanding agenda Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), maka isu tersebut amat terpencil. Mawi sekadar diangkat melalui rancangan realiti tv yang langsung tidak membantu ke arah pelaksanaan berkesan RMK9. Begitu juga Ina, dia bukanlah penyanyi atau pelakon malah jauh sekali pengarah filem atau pengarang buku. Dia cuma bekas tunangan Mawi.

Selain itu, RTM juga tidak harus hilang punca dan melihat isu-isu lebih besar dari isu picisan ini. Bagaimana mungkin kita mampu membina pemikiran rakyat kelas pertama seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri, jika lidah rasmi kerajaannya menyalurkan maklumat-maklumat picisan sebegini. Banyak lagi isu nasional seperti salah guna kuasa PDRM dan KDRM yang patut dititikberatkan. Begitu juga isu pencemaran alam di seluruh ceruk Malaysia.

Lebih menarik, peranan ini diambil alih oleh TV3 melalui Buletin Utama yang sentiasa mendapat perhatian rakyat sebagai saluran menerima dan menyampaikan maklumat. Justeru tidak hairan Buletin Utama senantiasa mencacat jumlah penonton yang tinggi. Malah, di musim-musim kemerdekaan sebegini, RTM patut menyemarakkan semangat kebangsaan rakyat Malaysia dengan menghidangkan dokumentari, drama dan rencana berkaitan Hari Kemerdekaan ke-49.

Sungguhpun RTM sebagai televisyen percuma ingin terus bersaing dengan rangkaian televisyen Media Prima, ada cara yang lebih bijak dan melambangkan keutuhannya sebagai televisyen tertua Malaysia. Pelbagai pendekatan dirangka, tetapi yang dapat dilihat adalah kualiti visual dan audio dan rancangan masih di tahap lama. Itu belum dikira perkara-perkara lain seperti latar pentas, selebriti, solekan, fesyen dan pengendalian RTM itu sendiri kadang-kala kelam kabut dan bermasalah.

Saya yang merupakan generasi muda dan berkerjaya masa kini telah melihat bahawa RTM gagal menarik minat golongan seperti kami dan menjadi pilihan terakhir sekiranya tiada rancangan di televisyen lain. Sekiranya hiburan picisan, segala macam hiburan picisan kami boleh peroleh daripada media elektronik lain atau di Bangsar dan Bukit Bintang.

Contohilah rancangan Akademik Al-Quran di TV9, 999 (TV3), Majalah 3 (TV3), Jejak Rasul (TV3), Tanya Linda (Astro) dan Malam Ini Dato’ Dr Fadhilah Kamsah (Astro). Tidak dinafikan beberapa rancangan RTM seperti Debat Perdana, Agrotek, Panorama, Forum Perdana Ehwal Islam, dan Parlimen Hari Ini adalah baik. Tetapi kaedah pendekatan dan penyampaian harus diadun agar menarik minat semua golongan masyarakat.

Justeru, RTM harus mengubah paradigma pemikiran tenaga kerja daripada Menteri sehingga pengacara jika ingin terus bersaing dan memikat hati penonton. Selain itu, jangan apabila menteri bertukar, maka pendekatan dan pengisian pun bertukar. Lihatlah stesen penyiaran swasta, walaupun kepimpinan berubah, dasar korporat dan strategi pemasaran mereka adalah konsisten malah lebih mantap.

RTM harus sedar tanggungjawab sosial mereka yang amat besar. Maka laksanakan tanggungjawab tersebut ke arah mendidik minda penonton agar gagasan dan perencanaan Malaysia tercapai. Cukuplah dengan rancangan isu picisan Mawi-Ina sebagai penamat, kemudiannya beralihlah agar sesuai dengan peranan stesen televisyen kerajaan.

9/04/2006

Cinta Madinah & Hikmah

ish…pejam celik, pejam celik dh dekat bulan posa. kadang2 rasa setaun ni langsung xda tarbiah madrasah ramadhan taun lepas. ramadhan taun ni pun xtau lagi sempat ke x. risau2…ape2 pn, aku mta maaf & halal makan minum le dr kwn2 ek. utang pun if aku ade, tlg bgtau. aku byr r serakat mmpu.


td br lps layan sinetro hikmah 2 @astro 6pm & drama cinta madinah 2 @tv1 10.30pm. wlpun aku kutuk2 rtm, cinta madinah antara da best drama @tv tu. kedua-dua crite 2 aku folo dr season 1 lg. best r…full of trabiah & kadang2 ingtkn kita bhw Allah SWT amat sayang pada hamba2-Nya ngn mberi dugaan spy kita ni lbh dkt & ingat padaNya. tp…ada antara kita ni ego & anggap Allah SWT wat naya & tahana kat kita. ish…
rindu lak nk pi madinah. ari 2 ada prancangn family nk p sana. tp ats sbb2 y xdpt dielak & kdg2 2 kita saja cari alasn xleh p. nway, kwn2 doakn aku leh p sna ek. alah nnti kat madinah aku doakn utk korg.


bbalik pd hikmah & cinta madinah td, sapa2 y ade source atau tau source kt mna2 crita2 2 bgtau aku. aku ingt nk wat koleksi r. if tau leh donlod ka, ada kedai jual ka, leh paw rtm & astro ka tell me. ala, kalau kena byr pun..aku byr r.
oke…4 all my frendz. may Allah bless us watever we r. alwayz remember, Allah never forget us wlpun wkt kita tgh wat dosa or pahala. & hadapilah ngn senyuman setiap dugaan-Nya. percayalah tiada yang sia2, smuakan ada hikmahnya.