8/19/2011

Ramadhan 2 Zaman

Ramadhan 2 Zaman
Album :
Munsyid : The Zikr



ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza

ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman

mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu

mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa

takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

5/06/2010

Thailand 2010



aku berkesempatan ke menjelajah thailand pada bulan feb 2010 lepas bermula dari hat yai hingga ke phuket menggunakan kenderaan darat. Penjalanan 5 hari 4 malam ini sungguh menarik walaupun meletihkan. pemandangan wat siam buddha dan monumen gambar raja thai, Bhumibol Adulyadej merupakan hiasan sepanjang perjalanan di thailand. highway merupakan jalan utama kerana tiada sebarang tol dikenakan. Mungkin ini bezanya sami di malaysia dan sami di thailand. Di malaysia, satu sami (vellu), beribu tol dikenakan. Di thailand, beribu sami (buddha), satu tol pun tidak dikenakan.




Hat yai

hat yai merupakan gambaran tipikal sebuah pekan selatan thailand, kereta tuk-tuk, pakaian berjenama dengan harga murah, pelbagai jenis makanan terutama biji gajus dan kekacang. Hat yai mungkin satu-satunya pekan maju di selatan thailand dan tempat tumpuan industri pelancongan.

secara peribadi, hat yai bukanlah bandar pelancongan yang mempunyai pantai dan pulau mempersona atau pun gunung dan lurah memukau. Tapi hat yai sangat popular di kalangan rakyat malaysia kerana menyediakan makanan, hiburan, perkhidmatan dan segala macam barang yang tiada di malaysia. Malah yang ditawarkan sangat murah.

krabi

perjalan dari hatyai ke krabi mengambil masa 7 jam. Dengan kemudahan gps, perjalanan sangat lancar miskipun belum pernah ke sana. Perjalanan yang meredah pekan, kampung dan sedikit kawasan perbukitan menjadikan suasana membosankan kecuali apabila terjumpa pusat jualan & servis proton dan kedai makan muslim bagi menjamu selera.

krabi hanyalah pekan kecil dengan replika helang dan ketam besar di dataran tepi sungai. Makanan halal mudah diperolehi tetapi kehidupan malamnya sangat sepi. Mungkin krabi popular kerana menjadi tempat transit bagi pengemar-pengemar aktiviti laut dan pulau. Semua pakej yang ditawarkan adalah ekspedisi seharian ke phi-phi island, james bond island dan beberapa pulau lain.















phuket

ini merupakan kali ke dua ke sana. Dua tahun lepas menaiki kapal terbang tetapi kali ini memandu kereta selama 3 jam dari krabi ke phuket. Sekali lagi gps memudahkan segalanya dan pemandangan sepanjang highway adalah sama kecuali apabila telah masuk ke pulau phuket. Pemandangan laut membiru hijau dan pasir halus memutih, menjadikan pesona memukau dan menghilangkan segala penat perjalanan.

suasana siang dan malam akan hidup di phuket. Segala-galanya ada bermula dari Hard Rock Cafe, Starbuck, 7E, money changers, pasaraya hingga ke pub, club, kedai cenderamata, restoran, rumah urut dan pelbagai kedai menjual cenderamata, pakaian dan hasil kraftangan. Mungkin pelik tapi di sini berpuluh-puluh kedai untuk tempah suit dengan harga yang murah serendah Bath 350 dan boleh siap dalam tempoh 12 jam.

Sekiranya inginkan perkampungan muslim, kamala beach akan menjanjikan suasananya. Di phuket juga boleh merasai pengalaman menunggang gajah, buggie jumping dan menunggang atv atau melihat matahari terbenam di puncak menara pandang. Pantai di sekelilingnya menyediakan pelbagai aktiviti berasaskan laut dan pantai seperti mencuba motorboat, parasailing, banana boat, berjemur matahari dan segala macam lagi.

suasana malam akan lebih hangat di phuket. Anda boleh menonton theater muzikal atau menonton pertandingan thai boxing aka thai moi. Atau berjalan di bangla road menikmati thai girl show, minum dan lepak di pub dengan live band dan muzik membingit, sambil menonton perlawanan bola sepak atau sekadar cuci mata.


phi-phi island & james bond island

sama ada di phuket atau krabi, masing-masing sediakan pakej ke pulau-pulau tetapi pakej dari krabi lebih murah berbanding dari phuket kerana kedudukannya yang lebih dekat. Pakej 1 hari ini akan memjanjikan kepuasan snorkeling di laut andaman, berjemur di pantai, melihat kehidupan kaum viking di pulau bergua, berkayak di pulau-pulau dan menikmati makanan yang ditanggung halal. Pakejnya serendah bath1000/seorang malah lebih murah kalau pandai memujuk dan bergantung pada aktiviti yang dipilih dan jenis bot ke sana.


trip tip:

1. Ringgit lemah berbanding bath tapi untuk mudahkan pengiraan rm10=bath100.

2. Sekiranya menggunakan kenderaan sendiri, pastikan anda mengisi petrol sepenuh-penuhnya di sempadan malaysia. Harga ron95 di thailand sekitar bath 31.00 hingga Bath 35.00 dan di thailand tiada ron97. hanya ron91 dan ron95 sahaja dan ron91 lebih mahal berbanding ron95. Harganya pula ditetapkan sendiri oleh pengusaha stesen minyak. Kalau boleh, bawalah bekalan petrol dalam tong.

3. Di Hat Yai rakyat Malaysia akan dilayan sebaik-baiknya tetapi tidak di Phuket dan Krabi. Anda akan dilayan seperti pelancong kelas ke-3. Menyamarlah sebagai rakyat singapura dan anda akan menerima layan kelas pertama. Percaya atau tidak, saya telah lakukan dan berhasil.

4. Jangan tersilap, biru bukan warna tema polis thailand, tetapi warna unggu.

5. Pastikan ada gps, walkie-talkie dan no tel bimbit thailand. Perhubungan akan menjadi mudah dan jimat. Hanya di 3 wilayah sahaja no tel bimbit perlu di daftar iaitu pattani, yala dan narathiwat.

6. Makanan halal? Mudah saja, beli daripada wanita bertudung (muslim), kedai yang mempunyai tanda halal atau di kedai runcit seperti 7E dengan pembungkusnya ada logo halal.

7. Kalau inginkan urutan thai tradisional, harganya amat-amat murah. Bayaran urutan seluruh badan untuk 2 jam adalah serendah bath 500. Urutan aroma terapi, urutan kaki, urutan sweden dan lain-lain juga boleh dicuba. Tapi awas, nikmatilah urutan di rumah urut yang disediakan sahaja. Jangan guna khidmat urutan yang menghantar tukang urut ke bilik hotel, kerana biasanya tukang urut akan minta tip atau caj yang dikenakan adalah untuk 2 jam walaupun urutan hanya selama 1 hingga 1.15jam.