1/10/2010

GAME OVER!!!

3 februari 2010

Hari ini aku masih bercuti. selepas saja Pilihan Raya Kampus (PRK) pada 28 Feb 2010, aku bercuti panjang bermula 29 Jan 2010 hingga 3 Februari 2010. hasrat di hati ingin berehat panjang selepas PRK, tetapi setiap hari dalam tempoh tersebut, telefon asyik berbunyi samada panggilan atau pun sms berkenaan sistem e-undi yang digunakan untuk PRK.

hari ini dengan penuh harapan aku berharap kisah e-undi PRK akan tamat. dari emel dan sms pagi dan petang, VC UM akan umumkan keputusan PRK pada jam 5.00 petang di auditorium Institut Pasca Siswazah (IPS).

akhirnya pada jam 5.00, segalanya terjawab. VC isytiharkan keputusan yang diumumkan pada jam 7.00 petang 28hb Januari 2010 adalah SAH dan MUKTAMAD. sistem e-undi telus dan telah disahkan oleh auditor bebas dari Universiti Harvard. tiada pilihan raya semula dan segala kepincangan dalam pengurusan PRK telah, sedang dan akan dipantau untuk penambahbaikan kemudiannya.

Allamdulillah, segalanya selesai dengan baik. terima kasih kepada semua yang membantu, taniah kepada semua yang berusaha dan berjaya dan selamat maju jaya kepada pasukan baru e-undi pada tahun hadapan.

kepada adik-adik pelajar UM, selamat berjuang dan semoga Allah berkati kalian. cuma ingin saya nyatakan di sini sekali lagi bahawa sesungguhnya; "FITNAH KAMU KEPADA SAYA DAN KAWAN2 SAYA DI PTM, TIDAK SAYA MAAFKAN HINGGA KIAMAT".

GAME OVER!!!.

p/s: setakat ini kisah e-undi. bagaimana e-undi bermula dan ranjau sepanjang perjalanan biar menjadi milik saya seorang. cukuplah sekadar pengakhiran yang terbaik untuk tatapan kita semua. tak perlu semua orang tahu semua cerita.

11/04/2009

Perlis sebagai retirement hometown


beberapa minggu lepas aku menghadiri satu seminar selama dua hari di Pan Pacific Hotel, KLIA. semasa bual-bual kosong di restoran hotel sambil makan tengah hari, negeri Perlis menjadi antara topik yang hangat diperkatakan. antaranya cadangan kami untuk melihat kemungkinan Perlis mampu jadi retirement hometown seperti Florida, US.

antara rasionalnya;
  1. perlis merupa negeri kecil yang kekurangan sumber mineral dan alam semula jadinya tidak komersial. perlis takkan mampu jadi negeri perindustrian atau negeri perlancongan seperti Perak, Kedah, Sabah, Melaka dll.
  2. perlis bukan seperti johor yang bersempadan dengan singapura- negara perdagangan, hub dan pusat perniagaan serantau. walaupun KDNK Thailand lebih baik berbanding Malaysia, tetapi limpahan kegiatan perdagangan dan perniagaan berimpak besar tidak mengalir ke selatan negara itu. padang besar dan wang kelian tak mampu menjadi seperti JB.
  3. pemandangan di perlis amat cantik dengan saujana bendang/sawah padi, bukit dan suasana kampung. pemandangan ini kalau dikekalkan akan menjadi aset sebagai tarikan kepada mereka yang inginkan kelainan. persekitaran ini seolah-olah masa terhenti di situ dan penduduk boleh menjalani kehidupan tanpa hambatan masa dan kerja.
  4. kos hidup yang murah berbanding bandar-bandar besar negeri lain.
  5. tiada kesesakan lalu lintas dan kesibukan masyarakat sekitar mengejar desakan hidup.
  6. Alor Star dan Jitra adalah tempat membeli belah bertaraf bandaraya.
  7. padang besar boleh menjadi tempat tumpuan dalam mendapatkan sedikit kelainan dalam keperluan harian. penduduk boleh sesekali merasai masakan thailand atau mendapatkan barang seperti hiasan, kraf tangan, pakaian, makanan dan lain-lain di situ. harga yang murah akan menjadi kepuasan, bebaloi dengan simpanan yang ada.
  8. langkawi hanya 45 minit dari jeti kuala perlis. dengan perjalanan yang singkat dan murah, penduduk perlis akan mendapat sebuah percutian bertaraf antarabangsa.
  9. lapangan terbang antarabangsa langkawi boleh menjadi penghubung penduduk yang inginkan perjalanan keluar negara. atau menjadi penghubung kepada anak-anak, saudara mara dan teman-teman dari dalam dan luar negara untuk datang ke perlis.
dengan 9 rasional di atas, aku rasa sudah cukup untuk difikirkan bersama. tak perlu lah perlis nak maju macam negeri lain maju, istilah 'maju' boleh diintrepretasikan dalam pelbagai cara dan gaya.