7/20/2006

Malaysia dan dunia: dimana kita?

sejak dua menjak ini, beberapa perkara besar berlaku dalam Malaysia dan dunia. mungkin piala dunia Germany 2006 adalah satu-satunya perkara yang mengembirakan umat manusia secara amnya. bola sepak dilihat sebagai penyatuan pelbagai bangsa, agama, idealogi dan budaya. mungkin penyokong Perancis, Brazil, England dan lain-lain pasukan yang bertanding kecuali Itali dilihat kecewa, tetapi hakikatnya kita semua mampu untuk mengecap kalau ti dak banyak, sedikit nikmat bersatu padu.

selain itu, perkara yang berlaku kurang menyenangkan. Agak hairan bagaimana kekosongan 30 000 jawatan di sektor kerajaan dibiarkan begitu sahaja sehingga TPM bercakap, barulah semua pihak termasuk suruhanjaya perkhidmatan awam sibuk menawarkannya kepada graduan. mungkin antara sebab sektor kerajaan lembab adalah kerana budaya begini diamalkan selain memang tidak cukup kakitangan.

di samping itu, isu Tun Dr Mahathir (TDM) juga menjadi isu besar walaupun pada mulanya cuba disembunyikan oleh media. sehingga kini banyak pihak masih persoalkan berkaitan isu jambatan indah di teluk teberau. Dato' Seri Rafidah Aziz pula langsung tidak mahu memberi penjelasan lanjut berkaitan isu AP yang didakwanya sudah cukup jelas. Isu proton dan agusta tidak banyak disentuh oleh menteri-menteri. malah isu 'orang di tingkat 4 jpm' langsung tiada penjelasan. mungkin menteri-menteri merasakan itu isu peribadi maka individu terbabit perlu ambil tindakan sendiri.

Paklah mengambil langkah selamat dengan tidak mahu menjawab persoalan yang timbul. Khairy pula terus berdiam sehingga diberitakan ke Indonesia atas misi berkaitan serangan israel ke atas palestin dan lubnan. Isu-isu yang tersebut mungkin dipandang sepi oleh orang UMNO dan rakyat Malaysia jika dibangkitkan oleh BA atau NGO, tetapi apabila TDM yang utarakan semua orang teruja dan ada yang panas punggung. beliau bukan rakyat jelata biasa, tetapi orang yang pernah berkuasa selama 22 tahun dan pernah mencabar kuasa raja-raja melayu. kini beliau mempertaruhkan reputasi yang pernah diagong-agongkan UMNO untuk menghentam kerajaan dan presiden UMNO. TDM diketahui mempunyai sejarah kurang manis dengan Tunku Abdul Rahman semasa Tunku jadi pm dan beliau sendiri jadi pm.

Dalam ribut-ribut politik di malaysia, negara jiran Indonesia dilanda melapetaka bersilih ganti. bermula tsunami 2004, gempa bumi, banjir lumpur, gunung berapi dan sekali lagi tsunami semalam. sesungguhnya bumi islam tersebut banyak menerima dugaan dari Allah. semoga mereka tabah dan bertambah iman. dari malaysia, kita perlu bersyukur dan doakan kesejahteraan kepada mereka. jika dilihat, selepas tsunami desember 2004, pelbagai bencana alam lain berlaku diseluruh dunia termasuk china, amerika syarikat, amerika latin, Filipina. mungkin ini balasan alam kepada manusia yang diperlihatkan Allah. mungkin juga keadaan bumi semangkin tidak stabil dari segi geografi.

di samping itu, serangan israel ke atas palestin dan lubnan amat mengecewakan. dunia bagai melewat-lewatkan dan tidak mengambil sebarang tidakan konkrit ke atas isu ini. sedangkan tindakan sekatan terhad kepada korea utara boleh diambil dalam masa kurang seminggu negara itu melaksanakan ujian peluru berpandu. malaysia sebagai pengerusi oic juga tidak mengeluarka dan mengambilkan tidakan yang mencerminkan kesungguhan dan komitmen terhadap isu ini.


daripada rentetan kisah-kisah di atas, amat diharapkan sebagai umat islam dan malaysia kita patut melihat ke dalam diri dimana peranan kita sebagai warga malaysia dan dunia.
adakah kita berfikir isu-isu dalam negara langsung tidak berkait dengan diri kita sebagai anggota masyarakat dan adakah isu antarabangsa langsung tidak menberi signifikan kepada jiwa kita.
.

No comments: