7/20/2006

GRADUAN MENGANGGUR

Agak menarik artikel berkaitan mahasiswa menganggur yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 7 Februari 2006 lepas. Antara lain memetik laporan Unit Perangcang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, melaporkan kira-kira 59,250 graduan menganggur adalah daripada bidang pentadbiran perniagaan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kira-kira 20,000 graduan dilahirkan dalam kedua-dua bidang berkenaan setiap tahun. Malah dilaporkan juga itu terlalu besar berbanding peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Jika diperhalusi, perkara tersebut adalah amat serius memandangkan pesaingan yang semakin kompetatif. Masalah berlakunya longgokkan graduan ini harus dikenalpasti dengan cepat kerana sekitar Ogos hingga Oktober akan datang, beribu-ribu lagi mahasiswa akan tamat pengajian dan melalui saat konvokesyen di universiti masing-masing.

Pada pendapat saya, antara yang menjadi punca mahasiswa menggangur adalah kerana kekosongan kerja menjadi hampir tepu. Hal ini berlaku disebabkan disesetengah sektor, pegawai-pegawai atasan masih lagi memegang jawatan walaupun melepasi umur bersara. Masalah berantai berlaku apabila pegawai-pegawai di bawah tidak dapat dinaikkan pangkat. maka, kekosongan pekerjaan tidak berlaku di peringkat bawah yang sepatutnya diisi oleh para graduan yang baru tamat pengajian

Di samping itu, sudah menjadi rahsia umum bahawa untuk mendapatkan pekerjaan perlu mempunyai kenalan rapat atau istilah yang selalu digunakan, 'kabel' dalam syarikat yang dipohon. Malah, perkara ini juga terjadi pada sektor-sektor kerajaan menyebabkan graduan dari latar belakang keluarga miskin dan kurang kenalan berjawatan tinggi tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak mungkin mereka dapat bersaing semata-mata berbekalkan latar belakang akademik yang cemerlang berbanding dengan graduan yang cemerlang akademik dan merupakan anak 'orang besar' dalam satu-satu syarikat.

Selain itu, bagi graduan ICT perubahan yang pesat dalam bidang ICT menjadikan ilmu yang dipelajari selama 3-4 tahun di universiti tidak dapat diaplikasi apabila bersaingan di alam pekerjaan selepas tamat belajar. Teori mengatakan perubahan teknologi akan berlaku setiap 3 bukan. Rombakan mata pelajaran di IPTA pula mejalani proses yang lama sebelum mendapat kelulusan Senat Universiti. hal ini menjadikan mata pelajaran yang diajar sudah tidak mempunyai nilai saing kepada mahasiswa.

Selain itu, pertumbuhan IPTS yang pesat antara lain juga menyumbang ke arah lambakan graduan. Tidak salah memberi peluang pendidikan kepada semua golongan, tetapi tawaran kursus seharusnya mempunyai nilai saing dan mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Hal ini bagi menjamin kualiti pelajaran kepada pelajar.

Justeru, empat situasi yang saya kemukakan di atas perlu dipandang serius oleh semua pihak. Mekanisma pantas perlu dicari oleh pihak berkaitan agar perkara sebegini dapat diatasi selain langkah-langkah yang sedia. Bukan niat saya untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi adalah lebih baik kita sama-sama memperbetulkan kepincangan yang sedikit ini agar anak-anak kita dapat menaburkan bakti kepada negara. idea baru dan moden daripada mereka amat-amat kita perlukan seiring dengan modal insan yang cuba dibangunkan dalam RMK-9.

No comments: