13 Jun 2009 aku ada beberapa jemputan kahwin. pertama di kampung halaman sendiri di perlis, yang kedua di sabar bernam dan ketiga di gemas. aku hanya dapat memenuhi dua jemputan dan yang di kampung terpaksa dilupakan.
12 jun 2009
jam 5.30 petang, aku dengan cepat-cepat 'clock-out' dan terus balik ke rumah. petang ini aku, budak2 umah dan 2 lg teman akan ke sabak bernam. majlis di sabak bernam merupakan majlis perkahwinan x-housemate aku dan rasa amat bersalah kalau tak ke sana. memandangkan esoknya juga aku ada majlis perkahwinan staf aku di gemas, langkah terbaik adalah ke sabak bernam pada malam ini.
6.30 petang aku dan dua housemate bertolak dari rumah dan menuju ke sunway, menjemput sorang teman di sana. kemudiannya kami merempuh jam LDP dan singgah di mutiara damansara untuk mendapatkan dua hadiah perkahwinan untuk teman di sabak bernam. seterusnya kami ke komuter sungai buloh menjemput sorang lagi teman dan perjalanan disambung ke sabak bernam melalui jalan sg buloh-kuala selangor. kereta yang aku pandu terus menyusuri jalan kampung yang gelap dengan kelajuan yang cukup2 untuk mengejar masa ke sana. esok aku akan bertolak ke gemas pula. mujurlah jalan dari kuala selangor ke sabak bernam amat selesa untuk memecut dan akhirnya jam 11.15 mlm, kami tiba di tempat yang dituju. berbual-bual dengan pasangan pengantin dan ayahnya serta menikmati masakan yang disediakan untuk majlis kenduri arwah pada malam itu sangat-sangat menghilangkan rasa penat dan mengantuk. pelbagai kisah dicerita dan dikongsi bersama.
13 jun 2009
12.35 tengah malam, kami bertolak pulang. dengan kelajuan yang agak sederhana, kami balik menggunakan jalan kuala selangor-shah alam/klang. jam 2.15 pagi kami usaikan solat di petronas NKVE sungai buloh dan aku pekena secawan cappocino dunkin donuts untuk hilangkan mengantuk dan memberi tenaga. seterusnya kami sambung perjalanan ke sunway untuk hantar sorang teman di sana. jam 3.15 barulah tiba di rumah dan jam 3.30 pagi aku terus tertidur.
jam 7.00 pagi, jam loceng aku dah menjerit dan aku cepat2 solat subuh walaupunnya dah tergelincir. selepas siap2 aku bergerak ke UM dan tiba di sama jam 8.20 pagi. kami berjanji 8.30pagi untuk berkumpul di situ.trip hari ini adalah ke gemas bersama kawan2 pejabat untuk memenuhi jemput kahwin yang ke dua dalam tempoh 24 jam bagi aku. jam 9pagi kami bertolak menggunakan PLUS dari tol sungai besi. memandangkan masing-masing belum bersarapan, setibanya di R&R seremban, kami ramai-ramai mengadap apa sahaja yang boleh di makan di sana.
setelah masing-masing kenyang, perjalanan diteruskan menggunakan PLUS sehingga ke tol simpang ampat. dari situ kami meneruskan perjalanan ke gemas melalui gemencheh dan beberapa pekan kecil lain. jam 12.30 tengah hari kami tiba di rumah pengantin. alhamdulillah, dengan lauk yang disediakan, perut kami terisi setelah menempuh perjalanan yang panjang. setelah bergambar, menepung tawar dan lain-lain kami bertolak balik jam 3.00 petang. dua buah kereta bertolak awal untuk masing-masing balik ke KL dan PD. sebuah kereta yang datang ke gemas sehari lebih awal menyertai perjalanan pulang kami.
perjalanan kami bukan terus balik ke KL tetapi ke PD untuk lepak2 di sana sebelum balik. menggunakan jalan kampung ke PD adalah pengalaman yang sangat menarik dan mencabar. menyusuri jalan kampung dengan lembu menjadi raja jalanan dan melintas sesuka hati menjadi pengalaman indah. malah ada satu tempat, kami terpaksa memberhentikan kereta gara-gara sekumpulan lembu melintas seolah-olah kami berada di jurasic park. selain itu, perjalanan meredah hutan, pekan-pekan kecil dan ada yang telah mati, ladang2 sime darby kadang melekakan aku dalam pemanduan.
jam 4.30 kami sampai di teluk kemang, PD. apa lagi yang ditunggu, pantai di depan mata. aku, sorang teman dan 4 org kanak-kanak dalam konvoi kami terjun ke laut. terasa seperti percutian hari keluarga walaupun tak dirancang. surat khabar dan apa sahaja yang boleh menjadi alas dibetangkan dan segala bekat dari tempat kenduri dikeluarkan. setelah letih melayan kerenah kanak-kanak dalam air dan masa pun terhad kami naik ke darat semula. teman yang bertolak awal dari gemas dan telah sampai di PD menyertai kami di sini. kemudiannya, beberapa orang dikalangan kami menaiki bot sekadar meninjau-ninjau teluk kemang.
selepas usai jama' qasar zohor-asar dan maghrib-isya' kami menjamu selera di satu restoran laut di sana. restoran ini diperkenalkan oleh pemandu bot petang tadi dari atas bot dan untuk mencari restoran ini agak sukar. beberapa kali kami tersesat dan berpatah balik kerana jalan masuk ke sana agak tersembunyi dan terpaksa masuk ke dalam. masakkannya tidak mengecewakan bagi kami yang telah lapar.
setelah bersalam-salaman kerana masing-masing akan memecut ke KL, kami mula meninggalkan PD jam 9.30 malam. dengan menggunakan lebuhraya PD-Seremban dan kemudiannya lebuhraya PLUS ke sungai besi, tepat jam 10.30 malam kereta aku sampai di tol sungai besi. akhirnya jam 11.00 malam aku tiba di rumah setelah menghantar teman yang bersama aku. aku betekad untuk tidur puas2 memandangkan malam semalam hanya dapat lelap 3jam setengah sahaja. sesungguhnya perjalanan ini amat menyeronokkan
No comments:
Post a Comment