sambungan
Tidak Membaca Doa makan
Maksud doa: Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami atas rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan peliharakanlah kami dari azab neraka, lalu membaca bismillah (atas makanan yang dimakan).
status hadith lemah kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Muhammad bin Abi Az- Zuaizi 'ah.
- Kata Imam AI-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
- Kata Imam Ibnu Adi: Kebanyakan apa (hadith) yang diriwayatkannya tidak boleh diikuti (yakni hadithnya tidak boleh menguatkan hadith yang lain).
- Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak halal berhujah dengannya.
- Kata Imam Abu Hatim: Ia seorang yang sangat mungkar hadithnya.
Oleh kerana kedudukan hadith tersebut lemah, maka yang patut diamalkan dalam bab ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, AI-Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At- Tirmizi, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ibnu Hibban iaitu:
Maksudnya:
Sebutlah nama Allah (apabila memulai makan) dan makanlah dengan tangan kanan kamu.
Riwayat yang soheh ini menghendaki kita menyebut nama Allah (membaca Bismillah) ketika memulai tanpa didahului dengan apa-apa doa. Walaupun begitu disana terdapat hadith riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah satu doa yang diajar oleh Nabi SAW bila hendak makan:
Maksudnya:
’Allahumma barik lana fihi wa ath ighmna khairan minhu’
Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini dan kurniakanlah kepada kami makanan yang lebih baik daripadanya.
Nota: Dalam riwayat Ibnu Majah perkataan ’wa ath ighmna’ diatas diganti dengan ’war zuqna’ ( dan kurniakanlah kepada kami rezeki ).
.Dengan digabungkan dua hadith diatas, maka boleh dibacakan doa riwayat At- Tirmizi dan Ibnu Majah tersebut bila hendak makan, kemudian dibaca "Bismillah".
Tiada Doa Selepas Iqamah
Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Marzuq al-Torifi : tidak thabit dari Rasulullah saw apa-apa bacaan/zikir atau do'a sebelum Takbir al-Ihram. Yang ada hanyalah makmum menyibukkan diri meluruskan saf [Sifatu Solaati al-Nabii saw, ms 45].
Tidak Angkat tangga semasa khatib membaca doa dalam khutbah
Berdo'a sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi saw. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdo'a di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata :-
"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah saw melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya : dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" [Hadith Riwayat Muslim #874 dan Abu Daud #1104].
Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini : ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.
Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-
"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].
Kesimpulannya pandangan diatas adalah benar. Seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan. WA.
Tiada Amalan Bacaan Qunut dalam Solat Subuh
Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:
- Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…
- Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
- Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.
Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?
- Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya. (Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1.
- Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim). - Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.
- Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)
- Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)
- Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…(Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu)
Apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.
Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]
Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.
No comments:
Post a Comment