Alhamdulillah, akhirnya aku masuk opis juga minggu ni. kija dah bertimbun atas meja. suma nk kena kejar deadline.fush!…tapi ada lak masa blogin’.hahaha.
Minggu lepas aku ke Kuching, Sarawak atas tugasan rasmi. flight aku jam 8.15AM dan sampai di kuching jam 10.00AM. memandangkan miting bermula jam 3.30pm, aku pasang ler angan2 nak jalan2 pusing kuching. aku tiba di Merdeka Palace Hotel & Suites jam 11.30pm.
before aku takeoff pagi tu aku bagtau Anas, member kat UNIMAS untuk jemput aku di hotel.tunggu², kul 1pm baru dia smpai. ceh, bertapa seksanya aku tunggu dia.
sempat pusing² kejap bandaraya kuching, tetiba satu lagi seksa datang. keta anas abis minyak masa nk naik bukit. huh, pengalaman yg sungguh tak menarik untuk pertama kali ke kuching. hampir² 1/2jam menunggu anas mencari minyak, akhirnya dimuncul juga dengan sebotol minyak ditangan. buat kali ketiganya seksa datang lagi.bateri keta tu pulak out.huh, udah ler naik bukit.terpaksa ler kami bersama2 tolak. dan berterima kasih juga kepada sorang pakcik yang membantu. akhirnya pengalaman ngeri aku kat kuching berakhir. alhamdulillah…
esoknya, aku berkesempatan melawat UNIMAS, kilang pasu, kedai cenderamata dan kilang kek lapis. beberapa cenderamata dibeli sebagai tanda ingatan. terima kasih kepada pihak UNIMAS yang menaja perjalanan tersebut. perkara menarik di kuching, terdapat banyak roundbout yang besar² sehingga di UNIMAS sahaja terdapat 7 roundbout. dalam hati berdetik, bertapa besarnya Sarawak.
petang tu, aku sempat melepak di Sarawak Water Front. teringin juga nak naik Sawarak River Cruise, tetapi menandangkan miting dan tugasan lain menanti malam tersebut, hajat tersebut terpaksa dibatalkan
penerbangan MH2713 selamat takeoff dari Kuching International Airport pada jam 8.30AM dan touchdown di KLIA jam 10.00AM. maka berakhirlah perjalanan aku di Kuching.
terima kasih kepada kapten MH2713 yang mendaratkan aircraft B737 dengan amat baik dan very smooth semasa pulang ke KL. berbanding dengan kapten aircraft A330-200 MH2405 penerbangan ke Kuching yang menyebabkan aku rasa gentar sedikit.
No comments:
Post a Comment