2/09/2009

Kisah tercabarnya DYMM

  1. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad menyaman Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.
  2. Pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993. Usul khas parlimen dikemukakan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
  3. tunjuk perasaan Berug dan Kurap apabila pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
  4. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi juara apabila mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
  5. Pada 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
  6. Semasa Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas telah mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
  7. Tunjuk perasaan apabila DYMM Tuanku Mizan, YDP Agong dan Sultan Terengganu tidak merestui pelantikan Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.
  8. Tindakan PM Abdullah Badawi memberi watihah perlantikan Shahidan Kassim sebagai MB Perlis tanpa perkenan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perlis

1 comment:

Unknown said...

Saudara, sebenarnya senario yang berlaku di Perlis ketika isu perlantikan Menteri Besar Perlis selepas PRU-12 yang lalu itu adalah sama sekali tidak sama dengan apa yang berlaku di Terengganu.

Ramai yang beranggapan bahawa PM memberi watikah perlantikan Shahidan Kassim sbg MB Perlis tanpa mendapat perkenan dan persetujuan DYMM Tuanku Raja Perlis... malah ada yang beranggapan Shahidan Kassim dan orang2nya telah menderhaka kepada Tuanku Raja Perlis...

sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam PRU-12 yang lalu, saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa yang sebenarnya yang berlaku di Perlis ketika itu. Sebenarnya, Tuanku Raja Perlis tidak pernah menidakkan sesiapa saja yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi MB bagi negeri Perlis... tetapi kuasa memilih calon MB adalah terletak pada suara majoriti ADUN yang telah menang dalam PRU dan diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja... Pada masa itu, PM telah mengeluarkan watikah kepada Shahidan Kassim sebagai calon MB Perlis tetapi majoriti ADUN telah dipengaruhi oleh "seseorang" untuk tidak menyokong watikah tersebut sebaliknya memilih Md Isa Sabu sebagai MB Perlis... sekaligus memaksa PM mengeluarkan watikah sekali lagi bagi melantik Md Isa... dari sudut lain kita dapat lihat bahawa ahli UMNO (ADUN Perlis) telah engkar terhadap keputusan Presiden Umno...

Jadi, di sini tidak timbul soal menderhaka terhadap DYMM Raja Perlis... malah kita akur dengan suara majoriti ADUN (walaupun itu sebenarnya bukan suara rakyat Perlis) yang memilih Md Isa Sabu sebagai MB Perlis...

satu lagi saya ingin tambah di sini.... mengikut undang2 tubuh negeri Perlis, seseorang itu tidak semestinya menjadi ADUN untuk memegang jawatan Menteri Besar Perlis.... sebaliknya sesiapa sahaja yang dilantik oleh majoriti ADUN dengan perkenan Tuanku Raja boleh memegang jawatan tersebut....