Jam 11:47 pagi Didie kal nun jauh dari kampung bgtau mama kena ragut di depan SMK Syed Safi. mama dgn kak chik otw ke pekan spg 4 dan semasa melalui sek, sorg bdk yang tunggang motor cuba ragut beg tangan mama. oleh sebab cubaan pertama gagal bdk tu datang blk dan cuba kali ke-2.
alhamdulillah, cubaan ke-2 pun gagal wpun lepas tu dia tendang motor sehingga mama jatuh dan medapat sedikit luka. budak tu lari. mama buat laporan polis dan masa tu baru mama sedar yang dalam beg mama ada barang kemas bernilai rm12k. aku kal dan bercakap ngn mama 2-3 kali untuk berkongsi cerita dan rasa sedih.
malam ni berita pasal mama masuk buletin utama, TV3 dan Berita TV9, TV9.
27 Disember 2008
jam 8:39pagi Didie kal bgtau berita tentang mama masuk front page harian metro hari ni. aku just noted dan sambung tido. huh…ari cuti, rugi bangun awal. lgpun aku dh kal dan cakap ngn mama 2-3 kali semalam. kul 1.00 tghari aku bangun. lepas mandi n solat zohor aku ke 7E beli metro. yea…mmg mama masuk paper. kawan2 pun ade yang kal n mesej bertanyakan pasal mama. hu3x.
aku kal mama lagi. untuk dapatkan penjelasan. mama bgtau, dia pun tak tau yang perkara ini akan masuk paper dan tv. bukan tv3, tv9 dan harian metro saja, ada 2-3 paper lagi. mama kata dia rasa malu dan dah bercakap dengan didie pasal perkara ini. saudara dan kenalan asyik datang ke umah dan kal sejak dari semalam bertanya dan berkongsi rasa simpati.
bagi aku, aku tak suka cara berita tu dilaporkan. dgn menulis berkenaan barang kemas rm12k akan menyebabkan perkara lebih bahaya. bukan lagi ragut, umah mama pulak akan jadi sasaran penjahat. tak mustahil umah akan dipecah masuk. itu belum lagi mulut2 orang kampung yang akan mengata2 keluarga aku seperti sengaja menunjuk2 dengan barang kemas yang dimiliki. akan ada juga yang mengata2 pasal kedudukan dan kekayaan keluarga aku. huh!
link berita pasal mama:
www.tv3.com.my
www.tv9.com.my
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/BeritaUtama/20081227095159/Article/index_html
No comments:
Post a Comment