ayah tau…
tetiba ar rasa sebak lepas solat subuh tadi
entah kenapa tetiba terngiang-ngiang
suara ayah panggil nama chik
last2…air mata tumpah
ayah tau kan…
kita tak ar rapat sgt
lepas sek rendah chik dok asrama 5 taun
lepas tu masuk matrix setaun..
last…4 taun kat um
kita jarang ar borak2
tp ayah tau tak?
chik masih ingat
semasa kecil ayah lapkan chik lepas mandi
abis sakit ar muka dan leher ayah gosok ngan tuala
ayah nak anak ayah ni bersih
ayah sorang yang pembersih kan
selalu ar potong rumput kat luar umah,
buang sampah kat belakang umah,
ayah akan bising2 bila umah kita kotor
chik ingat lagi,
ayah bising2 pagi tu sbb malam tu
didie ngn adik tidur tak tutup tv
pintu umah tak tutup…
kucing buang najis kat ruang tv..
chik gelak kat didie ngn adik masa tu
didie dah kawin…teruk betol ar
ayah tau kan,
cuti raya cina dan hari wilayah ujung jan lps
kita p cuti2 kat cameroon highland
waktu tu…ayah dah tak sihat
ayah tau kan..
semua anak2 blk dari kl malam ayah diserang strok
kami smpi kul 3.30 pagi
didie ngn adik usap ayah
ayah dah tak boleh bangun
chik terduduk…langsung tak gerak2 diujung kaki ayah
chik tergamam tengok ayah mcm tu
chik nagis puas2…mama kat sebelah pujuk supaya bersabar
didie suruh chik minta maaf pd ayah
kui 5.00pg br chik mampu peluk ayah
chik mta maaf kat ayah
waktu tu…ayah pun nagis
lepas tu chik trus wat solat hajat spy ayah sihat
ayah tau kan
lepas mlm tu
anak2 ayah ar mandikan ayah tiap2 hari
kami tidur smbil pegang tangan ayah
mama selalu nagis…
mama wanita tabah…
sblm ni chik tak penah ngok mama nagis
ayah tau…
sminggu lps tu
ahad mlm isnin…
waktu chik nk balik kl
mama jmpa chik bgtau…
hayat ayah dah tak lama…
mungkin hari ni atau esok saja,
dah tak smpai lusa…
mama tanya
tergamak ke chik nk blk kl?
tp chik blk kl jg sbb chik nak periksa ari khamis
ajal kerja Allah, kita tak tau bila
tok ayah pesan mlm tu…
yang idup mesti terus kehidupan
nti kalau jadi apa2…dia bgtau
mlm selasa tu…3pg
belum smpat chik tidur atas katil lps std
didie dan adik kal dari kampung bgtau ayah dah meninggal
air mata chik tumpah…
pagi tu chik blk kg
waktu chik smpi..ayah kaku atas katil
anak2 mandikan ayah, solatkan ayah, kebumikan ayah
ayah tau…
lepas tu mama selalu nagis lps solat magrib dgn chik
mama bgtau ar
mama rindu pada ayah
dulu masa ayah sakit…
mama baca yasin sebelah ayah
ayah pegang erat tangan mama
mama ngan ayah memang rapat
suma anak2 ayah dok kl
ayah saja tempat mama borak,ngadu,bergurau
tapi sekarang…
ayah dah tak pegang tangan mama
ayah tau…
chik dah abis std kat um
bulan 8 ni konvo
tp nanti ayah tak ada dalam dtc
ayah tak sempat ngok anak ayah terima ijazah
ayah tak sempat merasa duit gaji pertama anak ayah sorang ni
ayah tau kan suma tu
sbb bbrp bulan dlu
ayah dah tak tulis dairi
ayah dah uruskan sgl wasiat
ayah selalu kal anak ayah
ayah tau kan
chik dah nagis sgt2 ni
nnti2..bila chik dengar
suara sakit ayah panggil nama chik
chik akan nagis lagi
3 Jun 2006
**************************************************
Nota: Hari ni 22 Nov 2008 hari lahir ayah ke 56.
didie sms mlm smlm bgtau ms didie nak lelap ttiba rimender hp bebunyi bgtau sok besday ayah. didie kata, dia sedih ingt ayah. chik rindukan ayah…chik nagis lagi.
No comments:
Post a Comment