al fatihah buat Allahyarhamha Noor Juliana binti Johari yang pergi mengadap Allah pada 1:30 ptg, 3 sept 2009. semoga persemadiannya di tempat persinggahan sebelum negeri akhirat dilimpahi rahmat.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Pusat Teknologi Maklumat dan Universiti Malaya. segala bantuan, tunjuk ajar dan curahan bakti amat-amat dihargai dan tak mungkin terbayar. dunia ini hanya pementasan sementara dan beliau telah mementaskan segala kebaikan dengan setiap kami yang berada di sekelilingnya.
Allahummaghfir lahaa warhamhaa wa’aafihaa wa’fu ‘anhaawa akrim nuzulahaa wawassi’madkhalahaa waghsilhaa bil-maa’I watstsalji wal-baradi wanaqqihaa minal-khathaayaakamaa yu-naqqats-tsaubul-abyadhu minad-danasi waabdilhaa daaran khairan min daarihaa wa ahlan khairan min ahlihaa wa zaujan khairan min zaujihaa wa qihaa fitnatal-qabri wa ‘adzaaban-naar.
ertinya:
“Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia, sejahterakan ia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah ia dari siksa kubur dan azab api neraka.”
- dua minggu lepas aku sempat lepak dengan budak2 fakulti. lepas maghrib ktorg serbu RTM, angkasapuri untuk tengok konsert 'Generasi' indie band. dari tiket tu ditulis antara artisnya adalah Bunkface, Hujan, Liyana Jaymay dan sixthsence.
- kata member aku, ini untuk rakaman tapi tak dibagitau rakaman apa. aku secara bergurau kate, ini rakaman raya.
- masuk je kawasan konsert, kitaong perasan ramai budak2 sekolah...hehehe terasa muda la pulak.
- sebelum start, host malam tu bgtau yang konsert tu merupakan rakaman untuk Hari Raya Aidil Fitri. what the hack! sah kitaorg kena kencing...but fine tiket free...ekeke
- maka bermulalah lagu raya daripada sapa ntah penyanyinya. nasib baik satu lagu je. kemudiannya diikuti lagu2 lain.
- pastu keluar sorang-sorang artis (artis ke?) entah dari ceruk mana2 ntah. udah la artis tak dikenali, menyanyi lak lagu ntah apa2...memang tak boleh layan.
- dah tu ditambah lak, setiap kali masuk artis, mesti ada sound check. dah la tu, ambik masa sampai 2-5 minit. tolong la RTM...dh berpuluh tahun idup, takkan tak boleh prepair betol2...memang tak profesional langsung...macam tak da preparation langsung, kul 9pm konsert, kul 8.55pm siapkan stage. menteri dah bertukar berpuluh2 kali, logo dh beratus kali tukar, tag line tak payah cakap la. tapi msh macam siot.
- padan muka host tu, dah ada budak yang baling botol air, yang lepak kat blakang pun banyak. yang duduk lagi ramai dari berdiri. then bila dengar je Bunkface tak datang, ramai yang blah walaupun konsert belum.
- dan akhirnya, RTM masih macam dulu. jangankan nak buat konsert Jom Heboh, silap-silap hari merdeka pun kena buat rakaman.